Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PUJB Sedia Laluan Usahawan PKS Majukan Perniagaan

By 26 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

PONTIAN, 26 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) berhasrat untuk memupuk budaya keusahawanan sekaligus mempromosi serta meningkatkan kesedaran tentang produk dan perkhidmatan perusahaan kecil sederhana (PKS) melalui penganjuran Karnival Temu Pakat Usahawan Johor 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, usahawan perlu bijak mengambil peluang bagi meningkatkan aspek nilai kompetensi melalui penglibatan aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ini berlangsung.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Sheikh Umar Bagharib Ali merasmikan Karnival Temu Pakat Usahawan Johor 2019 di Dataran Pontian.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Sheikh Umar Bagharib Ali merasmikan Karnival Temu Pakat Usahawan Johor 2019 di Dataran Pontian.

“Usahawan di negeri Johor perlu peka bahawa karnival ini bukanlah sekadar hanya karnival yang diadakan tanpa memberi manfaat malah ia juga menyediakan lebih dari 20 aktiviti berasaskan keusahawanan.

“Karnival ini diyakini mampu memberikan impak positif dan memacu kepada perkembangan ekonomi di negeri ini khususnya kepada pelbagai industri memandangkan lokasi Pontian yang begitu strategik,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Karnival Temu Pakat Usahawan Johor 2019 di Dataran Pontian, Johor malam tadi.

Sheikh Umar semasa menyempurnakan gimik perasmian.

Sheikh Umar semasa menyempurnakan gimik perasmian.

Dalam mengukuhkan kemantapan ekonomi menghadapi cabaran globalisasi, kerajaan telah mempertingkatkan kemampuan Negara dalam bidang ICT melalui pembangunan pendigitalan keusahawanan yang merangkumi pelbagai aspek termasuk pembayaran secara digital, platform pemasaran digital, pendigitalan sistem logistik dan sebagainya.

Dalam majlis itu, Sheikh Umar juga turut menyampaikan ‘mock cheque‘ Geran Orang Lokal kepada 25 usahawan kecil sederhana yang terdiri dari pelbagai jenis perniagaan.

Turur hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Suhaizan Kaiat, dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian Nor Shazlan Abd Razak.
-NI-

Tinggalkan komen anda