Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sumbangan Deepavali Bantu Ringankan Beban

By 24 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Perayaan Hari Deepavali telah diadakan di Dewan Terbuka Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) kawasan Bemban bagi tahun ini telah berjaya menarik minat penaja yang turut menyumbang dalam usaha murni menabur bakti kepada masyarakat terutama kaum India yang kurang bernasib baik.

Penerima Orang Kelainan Upaya (OKU)  Saroja Palaniandy, berterima kasih atas sumbangan yang diberi.

Penerima Orang Kelainan Upaya (OKU) Saroja Palaniandy, berterima kasih atas sumbangan yang diberi.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bemban, Wong Fort Pin, ini menjadi tanggungjawab baginya memastikan semua masyarakat di kawasan ini diberi layanan sama rata tanpa mengira bangsa dan agama.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Japerun adalah dengan menarik minat penaja-penaja seperti Gapam Green Resort Sdn Bhd,  Yayasan Chan Fong Ann, Huat Lai Resouces Bhd dan Mamee Double Decker (M) Bhd, yang turut sama menyumbang kepada 54 buah keluarga masyarakat India yang kurang bernasib baik untuk persiapan menyambut Hari Deepavali,”ujarnya.

Penerima sumbangan Orang Kelainan Upaya (OKU), Saroja Palaniandy, 63, melahirkan perasaan berterima kasih kepada semua penyumbang dan dengan pemberian ini dapat membantu keluarganya bagi persiapan menyambut Deepavali tidak lama lagi,”katanya.

Dalam pada itu, Wong turut berpesan agar setiap permasalahan di kawasan ini perlu segera diselesaikan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada beliau akan dijalankan dengan penuh amanah terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik di DUN Bemban.

-KN

Tinggalkan komen anda