Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

ATV Bakal Jadi Tarikan Eko-Pelancongan di Muar

By 14 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Haliza Mohd Taib/Dian (Muar) 

MUAR, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Pegawai Daerah Muar, Mohd Haffiz Ahmad mengadakan lawatan ke Kampung Parit Haji Anuar, Kampung Parit Kemin, Kampung Parit Jepun dan Kampung Parit Tadah Lima Mukim Ayer Hitam bagi meninjau potensi produk agro pelancongan baharu dan aktiviti ‘All Terrain Vehicle’ (ATV) yang telah diusahakan oleh Abu Hassan Zainal, petang semalam.

Potensi aktiviti ATV dalam pasaran negara yang semakin meningkat membuatkan beliau tekad untuk mengusahakan trek ATV di Kampung Parit Tadah Lima sejak setahun lalu.

Keadaan geografi yang berbukit dan dilitupi tanaman nanas dan kelapa sawit mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk mencuba aktiviti ATV.

Keadaan geografi yang berbukit dan dilitupi tanaman nanas dan kelapa sawit mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk mencuba aktiviti ATV.

Abu Hassan ketika ditemui berkata, “Saya yakin industri ini mampu memberi tarikan kepada eko-pelancongan di sini memandangkan trend terkini aktiviti-aktiviti yang lasak dan mencabar”.

Mohd Haffiz turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti ATV yang mana laluannya menguji kesabaran dan kecekapan para penunggangnya .

Beliau juga turut meninjau serta mengadakan sesi perbincangan tentang lokasi yang berpotensi untuk dijadikan kawasan riadah pelancongan berikutan keadaan geografi di sini yang berbukit dan dilitupi tanaman nanas dan kelapa sawit yang mampu menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk mencuba aktiviti ini.

“Saya percaya aktiviti mencabar sebegini mampu memberi keseronokan kepada penunggangnya, di samping mereka juga dapat menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini,” ujarnya selepas mencuba ATV.

Program ini seiring dengan hasrat dan pelan perancangan daerah Muar agar Mukim Ayer Hitam dibangunkan sebagai salah satu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara.

Penghulu Mukim Ayer Hitam, Afezan Yahya turut memaklumkan program yang berbentuk santai ini telah disertai seramai 20 orang termasuk Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim, ketua-ketua kampung dan juga ahli kelab aktiviti ATV daerah Muar.

 

-NI-

 

Tinggalkan komen anda