Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pengakap Wanita Diseru Jangan Takut Cabaran

By 14 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Ahli Pengakap Wanita diseru untuk tidak takut berhadapan dengan sebarang cabaran dan rintangan semasa menjalankan aktiviti pengakap.

Menurut Naib Yang Dipertua 2 Persekutuan Pengakap Malaysia Labuan Datin Dayang Pungut Abdul Jalil, peluang aktiviti yang dianjurkan oleh pengakap haruslah diambil agar memperolehi banyak pengalaman dan kejayaan melalui dunia pengakap.

“Kita sebagai pengakap perempuan boleh bersaing Bersama-sama yang lain untuk mendapatkan rambu biru, rambu hijau, rambu kuning dan seterusnya pengakap raja. Saya sendiri mula berkecimpung dalam pengakap pada tahun 1950-an, dengan hanya dianggotai lima pengakap wanita pertama di Labuan mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan oleh pengakap.

“Dengan cabaran dan minat, kami perempuan melakukan semua aktiviti bersama-sama dengan pengakap lelaki ketika itu malah pernah berlayar bersama-sama dengan mengikuti jamboree di Brunei, Selangor dan Sabah,” katanya semasa merasmikan Program Pesona Remaja Wanita, di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, di sini baru-baru ini.

Dayang bersama-sama tetamu jemputan lain bergambar kenangan bersama peserta Program Pesona Remaja Wanita.

Dayang bersama-sama tetamu jemputan lain bergambar kenangan bersama peserta Program Pesona Remaja Wanita.

Tambahnya, sebagai pengakap perempuan mereka menerima banyak cabaran, kata-kata sindiran tetapi mereka tetap kuat dan bersemangat dalam meneruskan aktiviti berpengakap sehinga kini.

Program Pesona Remaja Wanita melibatkan seramai 123 ahli Pengakap Wanita berusia diantara 10 hingga 16 tahun dari tujuh sekolah rendah dan empat sekolah menengah di seluruh Labuan.

Antara pengisian program bengkel membuat kuih tradisional, bengkel seni bela diri daripada persatuan seni silat dan ceramah motivasi iaitu “mutiara seorang gadis” daripada Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Labuan.

Hadir sama Penaung BP Guild Labuan Datin Seri  Norsiah Abdullah, Ketua Pesuruhjaya Negeri Pengakap Labuan Hong Heng Chee dan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Mutiara Siti Aminah Zakaria.

-SH

Tinggalkan komen anda