Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Belanjawan 2020 Beri Manfaat

By 14 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 14 Nov (Malaysiaaktif) -Pembentangan Belanjawan 2020 telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada bulan Oktober lepas.

Pelbagai intipati belanjawan yang menyentuh semua peringkat masyarakat, agensi dan jabatan dibentang dalam Dewan Rakyat.

Untuk memberi kefahaman dan maklumat yang perlu disampaikan kepada masyarakat di peringkat akar umbi, Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah telah menganjurkan program Hari Sivik.

Di antara yang hadir menjayakan program

Di antara yang hadir menjayakan program

Program yang melibatkan komuniti setempat sekitar Taman Siakap ini berlangsung di Pusat Aktiviti KRT Siakap dengan penglibatan bersama oleh Skuad Amanita, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Inspektor Mazira Ismail dalam taklimat keselamatan beliau, meminta kerjasama kepada suri rumah yang hadir pada program ini untuk mendaftar sebagai ahli Skuad Amanita dan menjadi penyampai maklumat kepada pihak polis sekiranya berlaku perkara-perkara yang melibatkan jenayah di kawasan mereka.

Taklimat keselamatan oleh Inspektor Mazira Ismail, Amanita IPDSPT

Taklimat keselamatan oleh Inspektor Mazira Ismail, Amanita IPDSPT

Beliau juga berkata pada hari ini masyarakat setempat perlu peka kepada situasi dan keadaan semasa yang berlaku di sekeliling mereka dalam memastikan keselamatan dan keamanan terpelihara.

Pegawai Penerangan Daerah, Liza Imelia M. Sulanah pula berkata, “Belanjawan 2020 yang dibentang pada kali ini memberi manfaat kepada semua pihak.”

Sesi Taklimat Belanjawan 2020 oleh Pegawai Penerangan Daerah, Liza Imelia M. Sulanah

Sesi Taklimat Belanjawan 2020 oleh Pegawai Penerangan Daerah, Liza Imelia M. Sulanah

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan sara hidup rakyat dengan pelbagai inisiatif yang disediakan dalam belanjawan kali ini. Rakyat hanya perlu tahu saluran manakah yang perlu dicari bagi mendapatkan apa yang disediakan oleh kerajaan,” katanya lagi.

Justeru itu, rakyat perlu menyokong belanjawan yang dibentangkan ini bagi memastikan pembangunan negara yang dirancang dapat memberi impak yang positif kepada rakyat.

Sesi bergambar

Sesi bergambar

Turur hadir pada program ini adalah Pengerusi dan ahli KRT Taman Siakap serta anggota Amanita.

-II-

Tinggalkan komen anda