Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Pupuk Keharmonian Pelbagai Kaum

By 5 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noorezrin Mahmod/Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL , 5 Nov  (Malaysiaaktif) – Menjadi kelaziman bagi Pejabat Penerangan Daerah Jempol untuk mengadakan program bagi meraikan kaum India yang menyambut Deepavali setiap tahun.

Pada tahun ini, sambutannya lebih meriah dengan penganjuran program Sepakat@komuniti peringkat daerah Jempol.

Program dua dalam satu ini yang menggabungkan Program Sepakat@Komuniti dengan Jamuan Sambutan Deepavali telah berjaya menghimpunkan kira-kira 500 orang masyarakat daripada pelbagai kaum sekitar Jempol.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza, dalam ucapannya mengingatkan agar sentiasa menjaga perpaduan dan keunikan yang ada dan tidak menjadi agen perosak yang boleh mengugat keharmonian.

WhatsApp Image 2019-11-04 at 15.20.49 (1)

Pengunjung pelbagai kaum mencuba membuat Maruku.

“Segala berita yang tular di media sosial haruslah disemak kebenaran terlebih dahulu sebelum dikongsi agar tidak menjadi penyumbang kepada tularan berita tidak benar,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar, menzahirkan perasaan gembira kerana buat pertama kali berpeluang menghadiri program yang berjaya menghimpunkan perbagai kaum ini.

“Program sebegini harus diteruskan agar kita sama-sama dapat membentuk sebuah negara yang harmoni dan sejahtera,” ujarnya ketika ditemui.

Zulkefly turut berkesempatan untuk beramah mesra dengan penghuni Rumah Sejahtera Warga Emas Mahsan yang menempatkan seramai 16 orang penghuni daripada kaum Cina.

Pelbagai aktviti telah diadakan pada program tersebut antaranya sukaneka rakyat, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan membuat kolum, pertandingan memasak muruku dan juga turut diserikan dengan persembahan daripada PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia.

-AK

Tinggalkan komen anda