Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

3 Jam Lumpuh, Celcom Kembali Aktif Di Kelantan

By 16 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Siti Meriam Mohamad/Un Suat Fern (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Hampir tiga jam pengguna perkhidmatan Celcom di Kelantan lumpuh berikutan gangguan rangkaian Celcom di kawasan Pantai Timur Semenanjung pagi ini.

Gangguan ini telah disahkan oleh pihak Celcom melalui kenyataan rasmi di laman media sosial mereka dan menjadi ‘trending’ oleh pengguna-pengguna rangkaian telekomunikasi Celcom yang rata-ratanya meluahkan rasa ketidakpuasan hati di atas masalah yang dihadapi.

Wan Murni Wan Mansor, Pengurus Pemasaran di Celcom Blue Cube KB Mall berkata beliau telah menerima notis pemakluman gangguan rangkaian telekomunikasi ini melalui email oleh pihak pengurusan  dan dijangka akan pulih seperti biasa pukul 1.00 petang.

“Pihak kami telah menerima desakan dan rungutan dari para pengguna yang datang ke premis kami untuk membuat aduan berkenaan dengan gangguan ini.

Azaha Ismail salah seorang Pengguna Celcom yang hadir ke Celcom Blue Cube KB Mall berikutan gangguan rangkaian Celcom di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

Azaha Ismail salah seorang Pengguna Celcom yang hadir ke Celcom Blue Cube KB Mall untuk membuat aduan berikutan gangguan rangkaian Celcom di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

“Namun begitu kami telah memaklumkan bahawa gangguan ini berpunca dari kegagalan ‘triple fibre failure’ yang disebabkan oleh kejadian banjir di Negeri Pahang dan pasukan teknologi kami juga sedang berusaha untuk memulihkannya kembali sebelum pukul 1.00 petang,”  jelas beliau kepada wartawan Malaysia Aktif.

Azaha Ismail, 47, salah seorang pengguna Celcom yang ingin membuat aduan di Celcom Blue Cube KB Mall berkata beliau sedar akan gangguan telekomunikasi pada pukul 9.00 pagi tadi apabila tidak dapat mengakses internet dan juga tidak dapat membuat panggilan keluar.

“Pihak Celcom telah menjelaskan kepada saya secara terperinci berkenaan gangguan ini dan saya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Celcom kerana bertindak cepat dan tangkas dalam menangani masalah ini,” ujarnya lagi.

 

-NI-

 

 

Tinggalkan komen anda