Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

88 Buah Rumah PPRT Dibina di Kedah Sepanjang 2019

By 19 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Intan Iryani Mohamad (Alor Setar)

JERLUN, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri melalui Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan telah berjaya menyediakan sebanyak 88 buah rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) di seluruh negeri Kedah sepanjang tahun ini.

Menurut Pengarah ICU negeri Dr Megat Sani, program sebegini membantu mereka yang memerlukan serta membuktikan bahawa kerajaan sentiasa peka dengan isu permasalahan dalam kalangan masyarakat hari ini.

“Setelah ICU membuat permohonan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KKLW) yang telah meluluskan permohonan rumah tersebut, Giat Mara akan menyiapkan rumah PPRT ini.

“Rumah tiga bilik tidur, satu bilik air serta dilengkapi ruang memasak ini dibina tidak sampai tempoh dua bulan dan hasilnya sangat-sangat memberi keselesaan kepada penerima bantuan ini,” katanya yang ditemui sempena Program Santuni Kasih, di sini hari ini.

Menurut Megat, kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan peruntukan yang lebih besar pada tahun hadapan untuk pembinaan dan pembaikan rumah-rumah daif.

“Untuk tahun 2020 kita telah dapat satu peruntukan yang agak besar iaitu sebanyak RM18 juta untuk kos bina baharu dan baik pulih kediaman dengan perancangan sebanyak 134 bina baharu dan 670 unit baik pulih yang telah dipilih oleh pejabat daerah melalui semakan daripada penghulu dan Maklumat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Harapan kami supaya bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini dapat dirasai oleh golongan yang kurang bernasib baik,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda