Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Perangi Jenayah Siber Tanggungjawab Bersama

By 16 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto:  Ezzaty Razimi /Shazreen Suradi  (Muar)

MUAR, 16 Dis ( Malaysiaaktif) –  Seiring peredaran zaman, pada masa kini laman sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsapp dan telegram tumbuh bak cendawan selepas hujan di mana para pengikutnya tidak mengira peringkat usia.

Peningkatan penggunaan laman sosial saban hari dilihat secara tidak langsung menyumbang kepelbagaian trend jenayah komersial terutama jenayah siber yang melibatkan aspek keselamatan pengguna seperti butir–butir peribadi mudah diperolehi.

Jenayah siber dilihat sebagai jenayah komputer paling popular pada abad ini yang melibatkan penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, pencerobohan data dan penggubahsuaian program di mana ia dilihat sebagai ancaman serius kepada rakyat.

Barisan dif - dif kehormat Program Bersama Memerangi Jenayah Siber. ‘Apakah Peranan Anda?’

Barisan dif – dif kehormat Program Bersama Memerangi Jenayah Siber. ‘Apakah Peranan Anda?’

Kes yang melibatkan penipuan atas talian semakin berleluasa dan membimbangkan kerana ia membabitkan kerugian kepada mangsa berjuta ringgit antaranya Macau scam, pinjaman yang tidak wujud dan penipuan pembelian atas talian di mana golongan yang kerap menjadi sasaran para penjenayah siber seperti pelajar sekolah menengah, pelajar institusi tinggi, wanita bekerjaya, gologan pertengahan dan juga pesara.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) ,Tan Sri Lee Lam Thye berkata 6000 kelab pencegahan jenayah telah diwujudkan di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara dan kini tumpuan diberikan untuk mewujudkan kelab yang sama di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT).

“Mungkin pada awal tahun 2020, kita dapat laksanakannya di seluruh IPT supaya pelajar juga mendapat manfaat, kesedaran dan mengelak mereka dari menjadi mangsa jenayah siber,” tambah beliau lagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din ketika berucap merasmikan Program Bersama Memerangi Jenayah Siber. ‘Apakah Peranan Anda?’.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din ketika berucap merasmikan Program Bersama Memerangi Jenayah Siber. ‘Apakah Peranan Anda?’.

Sara Liyana, 19, yang merupakan pelajar Politeknik Tun Syed Nasir Pagoh berkata “program seperti ini membuka mata saya untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan laman sesawang dan tidak mudah percaya kepada sesiapa yang dikenali di laman sosial yang sering digunakan.”

“Saya rasa program ini sangat bermanfaat kepada golongan pelajar seperti kami dan semua pihak perlu bersama-sama menggembleng tenaga menanggani gejala ini agar tidak menjadi duri dalam daging di kalangan masyarakat di negara ini,” ujar Irfan Daniel, pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

“Program yang dianjurkan ini merupakan salah satu komitmen kerajaan dalam melaksanakan tindakan serta agenda promosi dan publisiti demi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang jenayah telekomunikasi.

“Pengisian program ini adalah untuk memberi pendidikan kepada orang ramai langkah-langkah untuk mengelak dan melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah telekomunikasi sekaligus membanteras jenayah ini,” ujar Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Bersama Memerangi Jenayah Siber. ‘Apakah Peranan Anda?’, di sini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Muar, Mohd Hafiz Ahmad.

 

-NI-

Tinggalkan komen anda