Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

My Best Buy Ringankan Beban Pengguna Menjelang Perayaan

By 21 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)

BAYAN BARU, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Program My Best Buy anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bayan Baru telah diadakan di Tapak Pasar Malam Mahsuri, di sini.

Program yang diadakan menjelang Perayaan Tahun Baru Cina itu bertujuan untuk meringankan perbelanjaan dapur menjelang musim perayaan nanti. My Best Buy juga dilihat bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna akan tetapi membuka peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk masing-masing.

Pelbagai jenis sayuran segar dijual

Pelbagai jenis sayuran segar dijual

Hampir 45 usahawan mengambil bahagian dalam jualan pada kali ini yang telah menawarkan potongan harga antara 10 hingga 20 peratus daripada harga biasa. Orang ramai juga boleh melihat dan memilih sendiri produk yang mereka perlukan dengan harga yang jauh lebih murah.

Edaran limau kepada pengunjung yang hadir

Edaran limau kepada pengunjung yang hadir

Exco Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Datuk Abdul Halim Hussain meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga My Best Buy sambil mengedarkan buah limau serta kuih bulan kepada semua.

Beliau juga melahirkan rasa gembira dengan penganjuran program tersebut kerana di samping dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang murah program tersebut juga dapat memperlihatkan kepelbagaian kaum meraikan perayaan bersama tanpa mengira agama serta bangsa dan berkata program seperti ini akan diadakan lagi menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Ayam RM5 seekor menjadi tumpuan

Ayam RM5 seekor menjadi tumpuan

Pengunjung yang ditemui Jason Liew, 38, berkata beliau amat tertarik dengan harga yang ditawarkan amat murah dari biasa antaranya ayam bersih seekor RM5, buah nanas sebiji RM1, sayur-sayuran seikat RM1 dan pelbagai lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda