Skip to main content
Berita TimurTerengganu

‘Strong & Smart’ Optimumkan Potensi Pelajar Pendidikan Khas

By 23 Januari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Rusmiza Anuar (Dungun)

DUNGUN, 23 Jan (Malaysiaaktif) – “Keprihatinan dan kecaknaan dilihat mampu mengoptimumkan potensi diri serta kemenjadian murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan pemulihan di sekolah,” ujar Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Fairul Hisyam Mat ketika merasmikan Program ‘Strong & Smart’ (2S) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bertempat di Dewan Arena Merdeka, pagi semalam.

Dalam ucapan ringkas, beliau amat mengharapkan sokongan serta doa daripada ibu bapa dan guru-guru bagi memastikan kejayaan anak-anak istimewa ini untuk melangkah jauh di masa akan datang.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Fairul Hisyam Mat (berbaju biru) melancarkan Program Strong’ & Smart (2S) anjuran  Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bertempat di Dewan Arena Merdeka, Dungun

Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Fairul Hisyam Mat (berbaju biru) melancarkan Program Strong’ & Smart (2S) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Dungun bertempat di Dewan Arena Merdeka, Dungun

2S merupakan aktiviti kokurikulum yang mampu membawa impak yang besar kepada perkembangan sahsiah murid dan meningkatkan ‘enrolment’ pelajar ke sekolah.

‘Strong’ & Smart’ membawa maksud ‘Cergas dan Cerdas’ merangkumi aktiviti yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama aktiviti cergas seperti senamrobik, futsal, ‘indoor game’ dan kedua aktiviti cerdas berfokuskan minda di perpustakaan awam iaitu membaca, bercerita, mewarna, membina buku skrap, kuiz minda serta literasi komputer.

Antara aktiviti cerdas berfokuskan minda di perpustakaan awam iaitu membaca, bercerita, mewarna, membina buku skrap, kuiz minda serta literasi komputer

Antara aktiviti cerdas berfokuskan minda di perpustakaan awam iaitu membaca, bercerita, mewarna, membina buku skrap, kuiz minda serta literasi komputer

Program yang akan diadakan secara bulanan ini akan melibatkan kerjasama rentas agensi iaitu Perpustakaan Awam Daerah Dungun, Pejabat Penerangan Daerah Dungun, dan Majlis Perbandaran Daerah Dungun.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran, Mohd Fazilah Mohd Ibrahim, ketika ditemui berharap program ini dapat mampu membantu guru menilai kemampuan murid PPKI dalam pengurusan diri dan emosi serta membentuk advokasi diri sebagai ilmu hidup bermasyarakat dan mengembangkan daya pemikiran mereka melalui aktiviti santai yang dijalaninya di luar bilik darjah.

Pelajar-Pelajar PPKI menujukkan keterujaan menyertai senamrobik semasa pelancaran Program Strong’ & Smart

Pelajar-Pelajar PPKI menujukkan keterujaan menyertai senamrobik semasa pelancaran Program Strong & Smart

“Jika kita lihat hari ini, para pelajar menunjukkan keterujaan untuk menyertai setiap aktiviti yang kita anjurkan. Pihak kami juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak termasuklah komuniti serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs) berkaitan untuk turut sama memberi sokongan serta berkongsi aspirasi dalam memperkasakan Program Pendidikan Khas yang akan kita laksanakan sepanjang tahun ini.”

Turut hadir pada program tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Dungun, Rusmiza Anuar, Penolong Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Dungun, Khasidah Mamat serta  Pengetua, guru besar, guru-guru PPKI serta pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda