Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sambutan Tahun Baru Cina Kukuhkan Perpaduan Antara Kaum

By 1 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Yusof Abd. Samad (Tangkak)

TANGKAK, 1 Feb (Malaysiaaktif) –  Perayaan Tahun Baru Cina diadakan pada bulan baharu bagi tahun baharu dan ia juga merupakan permulaan kepada musim bunga di mana sesetengah negara yang mempunyai empat musim dipanggil perayaan Musim Bunga.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan paling penting dalam masyarakat Cina di seluruh dunia dan perayaan ini dianggap sebagai permulaan dan pembaharuan dalam kehidupan.

Walaupun perayaan ini telah disambut pada 25 Januari yang lalu, namun kemeriahan rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina masih diteruskan di seluruh negara.

ADUN Tangkak Ee Chin Li semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Tangkak.

ADUN Tangkak Ee Chin Li semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Tangkak.

DUN Tangkak dan Parlimen Ledang turut menganjurkan Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 yang telah diadakan di hadapan Pejabat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tangkak bermula jam 6.30 petang, semalam.

Majlis ini yang bertujuan untuk menjalin semangat muhibah antara kaum disamping dapat bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina dengan kehadiran masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama menjadikan ia semakin meriah dan penuh bermakna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Ee Chin Li dalam ucapanya berkata, tanpa persefahaman antara kaum tidak mungkin kita dapat berkumpul bersama-sama dalam majlis ini dan perayaan seperti ini tidak akan dapat dianjurkan.

Persembahan gendang 24 paluan memeriahkan suasana sambutan.

Persembahan gendang 24 paluan memeriahkan suasana sambutan.

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata “dengan wujudnya perpaduan kita bukan sahaja dapat meraikan sesuatu perayaan dengan aman dan muhibah tetapi juga dapat menikmati kebebasan beragama dan mencari kemewahan di negara ini.”

“Bagi saya program sebegini mampu memperkukuhkan lagi perpaduan anatara kaum dan kehadiran saya ke majlis ini adalah untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan agama.

“Perayaan seperti ini wajar diteruskan seperti mana perayaan lain seperti Hari Raya, Krismas dan Deepavali,” ujar Regan Marimuthu dari Taman Tangkak Jaya.

Tarian singa dan Gendang 24 paluan turut dipersembahkan bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun 2020 di mana para pengunjung yang hadir turut berpeluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Turut hadir Exco Belia dan Sukan Johor Mohd. Khuzzan Abu bakar dan ADUN Serom Ir. Dr. Faizul Amri Adnan.
-NI-

Tinggalkan komen anda