Skip to main content
Berita TengahHomePutrajaya

Koronavirus: Usah Khuatir Sambut Thaipusam, Ambil Langkah Pencegahan – Waytha Moorthy

By 6 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 6Ā  Feb (Malaysiaaktif) – Orang ramai terutama penganut HinduĀ tidak perlu bimbang untuk hadir pada sambutan perayaan Thaipusam pada Sabtu ini berikutan isu jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan mereka yang hadir untuk mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya seperti menjaga kebersihan, memakai penutupĀ mulut dan hidungĀ selain membuat pemeriksaan di pusat perubatan sekiranya jatuh sakit.

ā€œDi negara kita, koronavirus ini sedang ditangani dengan profesional. (Wakil) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah memuji Malaysia dan Kementerian Kesihatan kerana berterus terang dan menangani (isu) koronavirus ini dengan cara yang berhemah.

ā€œJadi saya rasa tidak perlu khuatir cuma kena lebih berhati-hati,ā€ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Bantuan Dialisis bagi Golongan B40 Pertama Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) di siniĀ semalam.

Program perintis itu dilancarkan bagi membantu golongan pesakit dialisis B40 dalam kalangan masyarakat India yang tidak menerima bantuan kebajikan atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk rawatan dialisis.

Sementara itu, Waytha Moorthy berkataĀ MITRA telah mendapat kelulusan untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.9 juta bagi membantu 99 pesakit dalamĀ kalangan B40 yang layak untuk menerima bantuan rawatan selama setahun tempoh program itu.

Program itu adalah hasil kerjasama antara MITRA dengan tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Yayasan St John Ambulans Malaysia, Buddhist Tzu Chi Merits Society Malaysia dan Sai Ananda Foundation.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda