Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Masyarakat DUN Merlimau Dirai dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina

By 10 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

JASIN, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Tahun Baharu Cina adalah perayaan yang paling penting dalam masyarakat Cina bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah dalam ucapannya menyatakan perayaan ini adalah perayaan tradisional masyarakat Cina sebagai tanda permulaan serta pembaharuan dalam kehidupan dan disambut dengan penuh meriah.

Penyampaian sumbangan kepada SJKC Merlimau.

Penyampaian sumbangan kepada SJKC Merlimau.

“Tahun Baharu Cina juga merupakan bulan pertama tahun baharu mengikut kalendar Cina. Ia adalah permulaan kepada musim bunga terutama di negara- negara yang mempunyai empat musim dan ia dikenali sebagai perayaan musim bunga iaitu ‘Chun Jie’.

“Selain meraikan perayaan Tahun Baharu Cina, kita bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara dan negeri yang bukan sahaja unik tetapi juga lebih bertoleransi dalam kepelbagaian kaum dan bangsa serta agama yang ada dalam negara kita ini.

“Pada ketika ini dapat dilihat Tahun Baharu Cina di Melaka boleh dikatakan disambut dengan begitu meriah kerana masyarakat Cina dengan sukarela keluar beramai-ramai menghiasi jalan raya, taman perumahan, kampung sehingga menjadikan suasana perayaan tampak lebih meriah,” ujarnya.

Tambahnya lagi dengan keunikan yang ada menjadikan Melaka sebuah negeri pelancongan perayaan yang popular. Ini kerana kebanyakan pelancong yang datang ke Melaka turut sama merasai dan menghayati kemeriahan Tahun Baharu Cina seperti di Jalan Jonker, Jalan Harmoni dan juga di Kampung Baru Machap.

“Seperti sedia maklum Jumaat lalu merupakan hari ke-13 Sambutan Tahun Baharu Cina, atau Tahun Tikus yang membawa maksud kedamaian dan kesejahteraan kepada negara, negeri dan rakyat  Melaka serta berharap dengan sambutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara satu sama lain,” katanya.

Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di SJK(C) Merlimau memperlihatkan ramai golongan tidak kira lapisan masyarakat turut sama-sama hadir memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Selain itu turut diadakan penyampaian sumbangan kepada pihak sekolah SJK(C) Merlimau, tarian kebudayaan masyarakat Cina, tarian singa serta pemberian angpau kepada anak- anak sebagai penutup acara.

Kehadiran orang ramai yang memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina DUN Merlimau.

Kehadiran orang ramai yang memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina DUN Merlimau.

-KN

Tinggalkan komen anda