Skip to main content
Berita TimurTerengganu

IOW Dekati Pelajar Kelas Jahitan

By 20 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Taufiq Firdaus Md. Nor (Besut)

BESUT, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Perkongsian dan penyampaian maklumat yang tepat dan terkini berhubung dasar kerajaan adalah salah satu visi utama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) kepada seluruh rakyat Malaysia. Info On Wheels adalah salah satu platform JaPen menyalurkan maklumat kepada masyarakat di akar umbi.

“Melalui program Info On Wheels (IOW), Pejabat Penerangan Daerah Besut dapat menyampaikan dan berkongsi maklumat terkini berhubung Coronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 kepada masyarakat akar umbi khususnya kepada para pelajar kelas jahitan di sini,” ujar Penyelaras Program Empower Ecer Besut, Rohaya Syukri.

Pegawai Penerangan Daerah Besut, Che Nab Che Deris ketika memberi penerangan mengenai langkah-langkah pencegahan Coronavirus (Covid-19)

Pegawai Penerangan Daerah Besut, Che Nab Che Deris ketika memberi penerangan mengenai langkah-langkah pencegahan Coronavirus (Covid-19).

“Seramai 40 orang pelajar kelas jahitan di bawah bimbingan Empower Ecer Besut telah menamatkan latihan jahitan selama enam bulan yang berakhir pada hari ini,” tambah beliau.

Menurut Norlina Ramli, salah seorang pelajar kelas jahitan di sini, beliau amat berpuas hati dengan penyampaian maklumat yang diberikan serta penerangan yang begitu jelas dan tepat oleh Pegawai Penerangan Daerah Besut.

Guru kelas jahitan, Zainab Ibrahim (kiri) bersama Pegawai Penerangan Daerah Besut dan Penyelaras Program Empower Ecer, Besut.

Guru kelas jahitan, Zainab Ibrahim (kiri) bersama Pegawai Penerangan Daerah Besut dan Penyelaras Program Empower Ecer, Besut.

“Kaedah penyampaian secara bersemuka sangat tepat kerana orang awam dapat maklumat terkini mengenai Coronavirus dan cara penggunaan topeng muka diajar secara terus. Selain itu, kami juga diterangkan oleh Pegawai Penerangan mengenai inisiatif lain yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat seperti PeKaB40 dan MySalam buat golongan di bawah B40.”

Edaran bahan penerbitan dan risalah juga turut dilaksanakan bagi memudahkan peserta mengikut panduan langkah pencegahan Covid-19 serta info-info berhubung PeKaB40 dan mySalam.

Pegawai Penerangan Daerah Besut, Che Nab Che Deris bergambar bersama kakitangan Program Empower Ecer Besut dan 40 pelajar yang menamatkan kelas jahitan.

Pegawai Penerangan Daerah Besut, Che Nab Che Deris bergambar bersama kakitangan Program Empower Ecer Besut dan 40 pelajar yang menamatkan kelas jahitan.

Bagi Guru Kelas Jahitan Zainab Ibrahim, 59, “Pprogram IOW yang dilaksanakan oleh pihak Pejabat Penerangan Daerah Besut khususnya dan JaPen Terengganu amnya amatlah digalakkan kerana komunikasi dua hala ini dapat difahami dengan mudah dan dipraktikkan oleh masyarakat luar bandar.”

“Selain menyampaikan info melalui media sosial, pelaksanaan kaedah bersemuka dapat memberi peluang kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas sekiranya terdapat kemusykilan mengenai inisiatif kerajaan secara terus,” ujarnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda