Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perlawanan Bola Sepak Tanpa Penonton di Perlis

By 16 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis) 

KANGAR, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Perlawanan Liga M 3 di Stadium Tuanku Syed Putra berlangsung tanpa kehadiran penonton sebagai langkah bagi menangani penularan COVID-19 di negara ini yang menyaksikan Armed Forces FC menewaskan Perlis United FC dengan jaringan 4-0.

Menurut kenyataan yang di keluarkan pihak Pengurusan Perlis United FC di laman media sosial rasmi mereka, perkara tersebut di lalukan demi mematuhi arahan yang di keluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) supaya perlawanan sukan bola sepak CIMB Liga Super, Liga Premier, Liga M3 dan Liga M4 pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai dan mencegah kemungkinan jangkitan akibat gelombang kedua wabak Covid-19 yang sedang menular di negara ini,” ujar pihak Pengurusan Perlis United FC.

Menurut kenyataan rasmi yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 14 Mac 2020, Negeri Perlis telah mencatatkan dua kes positif akibat dari wabak Covid -19.

Menteri Besar Perlis, Azlan Man akan mengadakan satu sidang media di pejabat beliau pada hari ini berkaitan perkembangan terkini wabak Covid-19 di Negeri Perlis.

Berkuatkuasa pada 16 Mac , semua pertandingan anjuran FAM dan MFL termasuk perlawanan Shopee Piala FA Malaysia dan Piala Presiden 2020 ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian.

-NI-

Tinggalkan komen anda