Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Lima Beradik Dapat Perhatian IPD

By 12 April 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman (Seberang Perai Utara)/Ihsan IPD SPU 

BUTTERWORTH, 12 April (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor meluangkan masa bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak lima beradik yang kehilangan ibu bapa mereka dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini.

“Sumbangan ini adalah hasil kutipan derma kilat yang diberikan oleh semua warga kerja IPD SPU dan juga hasil sumbangan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP IPD SPU) bertujuan meringankan beban serta membantu serba sedikit keluarga ini terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pihak polis, khasnya IPD SPU melihat kejadian seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kanak-kanak malang ini menjadi sebahagian dari tanggungjawab dan amanah dengan membantu meringankan beban yang ditanggung secara fizikal dan mental,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara menyampaikan bantuan.

Noorzainy (dua dari kiri) menyampaikan bantuan.

Dalam tragedi 9 Februari lalu, Khairizul Mohamad Noor, 38 dan Zuriana Hassan, 35 yang menaiki motosikal terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara susur keluar ke Perai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara menyampaikan bantuan.

Sumbangan yang diberikan kepada penerima.

Akibat pelanggaran tersebut, Khairizul meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya koma sebelum dilaporkan menghembus nafas terakhirnya di Hospital Seberang Jaya pada 5 April baru-baru ini.

Ketua Polis IPD SPU ketika ditemubual wartawan yang turut hadir.

Noorzainy ketika ditemubual wartawan yang turut hadir.

Lima beradik tersebut berumur 16 hingga satu tahun dan kini tinggal bersama nenek serta datuk mereka.

“Sumbangan ini juga adalah sebahagian daripada khidmat bakti yang diberikan kepada masyarakat, selain menjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” ujarnya lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda