Skip to main content
Berita TimurTerengganu

PKP – Pek Cakna Buat Warga Marang

By 23 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irah Deris (Marang)

MARANG, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Bilik Gerakan Bencana Daerah Marang (BGBDM) telah menerima pelbagai bentuk sumbangan daripada pelbagai pihak sepanjang tempoh PKP dilaksanakan untuk diagih kepada masyarakat yang memerlukan dan petugas-petugas barisan hadapan.

Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, selaku Ketua Bilik Gerakan Bencana Daerah Marang (BGBDM) berterima kasih dan mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak yang sedia memberi kepada mereka yang memerlukan mahupun kepada para petugas barisan hadapan di Daerah Marang.

Pegawai Daerah Marang, Tun Haji Ahmad Faisal Tun Abdul Razak menerima sumbangan dari Persatuan Pengakap Daerah Marang.

Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak menerima sumbangan dari Persatuan Pengakap Daerah Marang.

“Situasi ini jelas menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan pemimpin tempatan, jabatan, agensi, NGO mahupun individu tertentu yang bersedia dan bermurah hati memberi sumbangan untuk membantu meringankan beban penduduk yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Sumbangan yang diterima adalah berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, ikan sardin dan lain-lain selain dari sumbangan berbentuk makanan yang turut disediakan kepada petugas-petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan atas bakti dan jasa mereka sepanjang melaksanakan tugas dalam tempoh PKP,” katanya ketika ditemui semasa program serahan bantuan oleh Persatuan Pengakap Daerah Marang, di sini baru-baru ini.

 

 

Pengagihan bantuan minuman dari Mercy dan Yayasan Sime Darby kepada petugas barisan hadapan.

Pengagihan bantuan minuman kepada petugas barisan hadapan.

 

Menurut Tun Ahmad, kebanyakan penerima sumbangan adalah nelayan, peniaga bergaji harian, golongan ibu tunggal dan juga asnaf yang telah dikenal pasti oleh Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan oleh wabak Covid19 lebih-lebih lagi menjelang Ramadan esok hari,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai mahupun badan-badan bukan kerajaan lain yang berhasrat untuk turut serta dalam memberi sumbangan dan boleh terus menghubungi Bilik Gerakan Bencana Daerah Marang.

Pegawai Daerah Marang, Tun Haji Ahmad Faisal Tun Abdul Razak bersama Penghulu Mukim Rusila turut mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak bersama Penghulu Mukim Rusila turut mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Teruskan menyumbang agar sumbangan tuan puan dapat memberi kesinambungan buat para petugas untuk terus berkhidmat dan sekaligus membantu orang ramai yang dalam kesusahan.

“Semoga sumbangan dan keikhlasan ini akan menjadikan kita hamba Allah yang beruntung dan mendapat balasan yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di akhirat nanti,” katanya lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda