Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Projek Kompleks Pentadbiran PAID Kuala Pilah diteruskan

By 24 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)/JKR Kuala Pilah

KUALA PILAH, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Pembinaan Kompleks Pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah merupakan sebuah projek Kerajaan Negeri Sembilan yang bertujuan untuk menggantikan Kompleks Pentadbiran PAID sedia ada di samping memenuhi keperluan umat Islam setempat yang semakin bertambah.

Projek pelaksanaan kompleks ini telah bermula sejak 11 Mac yang lalu dengan kos sebanyak RM4.3 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dalam ucapannya berkata pergerakan projek tersebut tergendala seketika sejak kerajaan pusat mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Akibat daripada pandemik COVID-19, projek pembinaan kompleks ini terpaksa ditangguhkan selepas kerja pembersihan dijalankan oleh pihak kontrakror yang dilantik.

104437048_2918701444925274_8528911800812715805_n

Upacara Pecah Tanah oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Bermula 22 Jun 2020 projek pembinaan ini telah dibenarkan beroperasi semula dan diharapkan akan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks Pentadbiran PAID Kuala Pilah, di sini, pada Selasa.

Skop pembinaan projek ini adalah melibatkan pembinaan satu blok bangunan pejabat dua tingkat, sebuah pondok pengawal, sebuah rumah sampah dan sebuah bangunan Sub Station TNB.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) , Mohd Zaidi Ramli dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Ir. Masri Baharuddin.

-AK

Tinggalkan komen anda