Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pasar Malam Kuala Nerus Jadi Penanda Aras

By 9 Jun 2020Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Tengku Saifulah Tengku Mohd (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Penganjuran pertama percubaan pasar malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Jumaat lalu menjadi penanda aras sama ada ia akan diperluaskan ke seluruh negeri ataupun sebaliknya.

Mengulas mengenai penganjuran pasar malam berkenaan, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Fadli Yusof Zakaria, berkata percubaan penganjuran itu akan dilaksanakan di dalam tempoh tiga atau empat kali penganjuran yang akan datang.

“Pasar malam ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga atau empat kali bergantung kepada keadaan semasa dan hasil laporan daripada penganjuran ini akan dimajukan kepada Kerajaan Negeri bagi menilai kepatuhan di kalangan para peniaga dan pengunjung berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan.

Penganjuran pertama percubaan pasar malam di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Penganjuran pertama percubaan pasar malam di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

“Pada masa ini, sebanyak 112 gerai telah dibuka dan mula beroperasi pada jam tiga petang dan akan berlangsung sehingga tujuh petang sahaja, dan sekiranya peraturan ini dipatuhi oleh para peniaga dan juga pengunjung, kemungkinan besar penganjuran pasar malam ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika meninjau lokasi pasar malam berkenaan.

Menurut salah seorang peniaga di situ, Aslinda Mohd Roslan berkata pembukaan pasar malam berkenaan merupakan peluang yang ditunggu-tunggu selama ini.

Salah seorang peniaga, Aslinda Mohd Roslan.

Salah seorang peniaga, Aslinda Mohd Roslan.

“Hampir tiga bulan tidak berniaga di pasar malam kerana penguatkuasaan PKP dan PKPB. Ini sangat menyukarkan saya untuk menjana pendapatan seharian. Syukur Alhamdullillah dengan pembukaan pasar malam ini memberi peluang peniaga seperti kami mula berniaga dan seterusnya menjana pendapatan seperti sebelum-sebelum ini,” katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Hasil tinjauan dan pemantauan yang dilaksanakan mendapati orang ramai telah mula berkunjung ke pasar malam berkenaan seawal pukul 2.30 petang. Rata-rata yang berkunjung teruja dan gembira berikutan sudah hampir dua bulan tiada pembukaan pasar malam di dalam negeri ini kerana penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac 2020 yang lalu.

Pengunjung yang hadir, Badiaah Muhamad berkata beliau begitu teruja untuk berkunjung ke pasar malam ini berikutan sudah terlalu terlalu lama pasar malam tidak beroperasi berikutan tempoh PKP.

Badiaah Muhamad, pengunjung pasar malam.

Badiaah Muhamad, pengunjung pasar malam.

“Saya begitu teruja bila mengetahui pasar malam akan dibuka pada hari ini setelah hampir tiga bulan tiada mana-mana pasar malam yang beroperasi. Meskipun pasar malam ini merupakan tempoh percubaan sahaja, tetapi boleh diberi pujian kerana hampir 112 gerai jualan disediakan untuk pengunjung membeli pelbagai jenis makanan,” katanya selepas selesai membeli beberapa juadah kuih-muih di lokasi berkenaan.

Berbalik kepada cara pengendalian bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan sepanjang penganjuran pasar malam berkenaan, Fadli berkata, seramai 10 penguatkuasa juga ditempatkan di pasar malam dan dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan persatuan penjaja untuk memantau keadaan semasa.

“Pihak PBT telah menyediakan penguatkuasa dan dibantu oleh anggota RELA bagi memastikan pematuhan SOP dilaksanakan dengan sewajarnya.

“Pasar malam ini akan dijadikan panduan atau perintis kepada pembukaan lebih banyak pasar malam di daerah-daerah lain sekiranya SOP berjaya dilaksanakan dengn baik. Pematuhan seperti melakukan ujian suhu badan setiap pengunjung dan melakukan penjarakan kanopi melebihi satu meter antara satu sama lain dilaksanakan seperti yang diarahkan,” ujarnya lagi.

Orang ramai yang berkunjung ke pasar malam perlu diperiksa suhu badan dan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum dibenarkan masuk ke tapak jualan.

Orang ramai yang berkunjung ke pasar malam perlu diperiksa suhu badan dan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum dibenarkan masuk ke tapak jualan.

Tambah beliau, sepanjang melakukan tinjauan pematuhan pasar malam percubaan tersebut, pihaknya berpuas hati dengan pematuhan yang dilaksanakan di kalangan peniaga dan pelanggan. Ini kerana meraka dilihat memahami dan bersedia dengan syarat baharu yang dilaksanakan.

-ii-

Tinggalkan komen anda