Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pusat Sumber Online PdP Hasil Inovasi SMK Pengkalan Berangan

By 7 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Hasirah Deris (Marang)

MARANG, 7 Jun (Malaysiaaktif) ā€“ Institusi pendidikan merupakan antara sektor terkesan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengekang jangkitan COVID-19 di negara ini.

Namun, ini bukanlah halangan bagi para guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan (SMKPB), Marang untuk mewujudkan Pusat Sumber Online PdP bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang musim PKP / PKPB dikuatkuasakan.

BerkonsepkanĀ pandu lalu, perhentian bas di hadapan SMKPB telah dijadikan pangkalan ilmu bagi memudahkan para pelajar mendapatkan bahan PdP. Antara bahan-bahan PdP yang disediakan adalah kertas latih tubi untuk para pelajar mengikut tingkatan, pinjaman buku rujukan dan bahan bacaan berkaitan.

Berkonsepkan pandu lalu, perhentian bas di hadapan SMKPB telah dijadikan pangkalan ilmu bagi memudahkan para pelajar mendapatkan bahan PdP.

Berkonsepkan pandu lalu, perhentian bas di hadapan SMKPB telah dijadikan pangkalan ilmu bagi memudahkan para pelajar mendapatkan bahan PdP.

Inovasi kreatif ini timbul apabila Pengetua SMKPB, Kamalrulzaman Ismail dan para guru yang terlibatĀ mendapati corak demografi pembelajaranĀ onlineĀ pelajar tidak menentu selepas seminggu pelaksanaan PdPĀ online dilaksanakan disebabkan masalah ketiadaan telefon, ketiadaan akses internet dan sikap pelajar sendiri.

ā€œBanyak rungutan telah kami terima daripada ibu bapa pelajar yang tidak mempunyai akses internet apabila diberi latihan secara online kepada murid-murid. Kerana ketiadaan akses internet juga, telah menyebabkan peratus pelajar yang menyertai PdP online menurun dan dari hari ke hari semakin berkuranganā€, kata Kamarulzaman Ismail.

Tambah beliau lagi, ibu bapa dan pelajar juga boleh mengambil risalah aktiviti pertandingan kokurikulum, menghantar penyertaan aktiviti kokurikulum serta menghantar tugasan atau kerja sekolah yang diberi oleh guru.

Pengetua SMKPB Kamarulzaman Ismail berbangga dengan idea dan inovasi para guru mewujudkan Pusat Sumber Online PdP.

Pengetua SMKPB Kamarulzaman Ismail berbangga dengan idea dan inovasi para guru mewujudkan Pusat Sumber Online PdP.

ā€œTiada alasan bagi murid-murid untuk tidak menggunakan kemudahan yang ada kerana masih ada golongan yang tidak memiliki telefon bimbit, namun tetap berjaya menyertai kelas secara talian apatah lagi dalam fasa PKP dan PKPB dikuatkuasakan,ā€ katanya.

Namun begitu, e-pembelajaran juga memberi cabaran yang baharu kepada pendidik dan pelajar. Situasi ini tidak menghalang para guru untuk menjadi lebih kreatif dalam memanfaatkan penggunaan teknologi sedia ada demi memastikan proses pembelajaran pelajar-pelajar tidak terabai sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

ā€œIni merupakan transformasi pengalaman pembelajaran daripada persekitaran sebenar kepada persekitaran pembelajaran secara maya. Pelajar-pelajar harus lebih berdisiplin dan bersedia untuk belajar secara kendiri dan lebih bertanggungjawab dalam memanfaatkan ilmu yang diberi oleh guru.

Ruang pemulangan semula bahan edaran dan jawapan yang disediakan di Pusat Sumber Online PdP.

Ruang pemulangan semula bahan edaran dan jawapan yang disediakan di Pusat Sumber Online PdP.

“Kepentingan ilmu dan kesinambungan pembelajaran para pelajar menjadi keutamaan semua guru dan sekolah. Suatu proses PdP tidak akan berjaya sekiranya tiada sokongan semua pihak termasuklah ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri walaupun teknologi serba maju boleh menjadikan sesuatu program lebih mudah dan pantas,” tambahnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda