Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Konvoi Merdeka Zahir Semangat Anak muda

By 28 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kemaman melibatkan anak muda telah dilaksanakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut tidak lama lagi.

Ketua konvoi, Hashim Ali, 37, berkata sebagai anak jati Daerah Kemaman beliau terpanggil untuk melakukan sesuatu sempena menyemarakkan hari Kebangsaan yang bakal disambut nanti.

“Idea Konvoi Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kemaman ini hadir setelah perbincangan panjang lebar dengan Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Mohd Fadli Muhd Yusof.

Para peserta Konvoi Jalur Gemilang bergambar kenangan.

Para peserta Konvoi Jalur Gemilang bergambar kenangan.

“Saya secara peribadi rasa terkejut dengan penyertaan yang kami terima iaitu sebanyak 50 buah motorsikal, enam buah kenderaan pacuan empat roda, empat buah motosikal, sebuah kereta peronda polis , sebuah ambulan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Cawangan Kemaman dan dua buah van Pejabat Penerangan daerah Kemaman,” katanya.

Mengulas mengenai pemasangan Jalur Gemilang oleh warga Kemaman, Hashim berkata secara umumnya masih ramai yang belum memasang bendera sama ada di kenderaan, rumah mahupun premis perniagaan masing-masing.

Ketua konvoi, Hashim Ali, berkata sebagai anak jati daerah Kemaman, dia terpanggil untuk melakukan sesuatu sempena menyemarakkan Hari Kebangsaan yang bakal disambut tidak lama lagi.

Ketua konvoi, Hashim Ali, berkata sebagai anak jati daerah Kemaman, dia terpanggil untuk melakukan sesuatu sempena menyemarakkan Hari Kebangsaan yang bakal disambut tidak lama lagi.

“Saya harap dengan adanya konvoi yang julung kali diadakan di daerah ini pada tahun ini dapat menyedarkan orang ramai bahawasanya kita akan menyambut Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

“Penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan di Daerah Kemaman kita dapat lihat bahawa kerjasama orang awam dan penjawat amat baik dalam menjayakan program bagi menyemarakkan hari kebangsaan di daerah ini,” ujarnya lagi.

Mohd Sabri Samionn, 31, salah seorang peserta konvoi yang ditemui nyata teruja dengan anjuran program sebegini.

Mohd Sabri Samionn teruja dengan anjuran program sebegini kerana dapat menzahirkan rasa kecintaan pada negara.

Mohd Sabri Samionn teruja dengan anjuran program sebegini kerana dapat menzahirkan rasa kecintaan pada negara.

“Saya salah seorang peserta konvoi berasa amat berpuas hati menyertai konvoi ini bagi menzahirkan rasa kecintaan pada Negara.”

“Pada zaman ini kita tidak perlu angkat senjata seperti pejuang dahulu, kita zahirkan rasa cinta pada tanah air dengan cara yang cukup mudah iaitu pasang bendera di kenderaan dan premis mahupun kediaman masing-masing sahaja,” tambah Mohd Sabri.

Pelepasan konvoi disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Mohd Haki Hasbullah di kawasan Padang Astaka, Chukai.

Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek juga hadir di check point untuk mengagihkan bendera kepada kenderaan yang lalu lalang di tapak Kastam lama, Chukai, Kemaman.

Mantan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek juga hadir di chek point untuk mengagihkan bendera kepada kenderaan yang lalu lalang di tapak Kastam lama, Chukai Kemaman.

Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek juga hadir di chek point untuk mengagihkan bendera kepada kenderaan yang lalu lalang di tapak Kastam lama, Chukai Kemaman.

Terdapat empat lokasi pelepasan semasa konvoi ini berlangsung iaitu Pondok Polis Ibok, Balai Polis Ayer Jerneh, Balai Polis Kijal dan tapak kastam lama Chukai Kemaman.

Turut hadir dalam program pelepasan konvoi ialah Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Othman Bakar.

Tinggalkan komen anda