Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

BSMM Lancar VoW Pasti Respons Kecemasan Lebih Pantas

By 8 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah melancarkan Volunteer on Wheels (VoW) demi penyampaian respons kecemasan yang pantas.

Pengerusinya Datuk Asnan Yunus Chung, berkata idea itu dicetuskan oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah sedunia (IFRC).

“Inisiatif ini dilakukan setelah melihat kekangan penyampaian bantuan kecemasan ke lokasi-lokasi yang sempit, tiada laluan untuk kenderaan yang menyebabkan kelewatan bantuan lain.

“Dalam bidang bantuan kecemasan praperubatan, masa adalah nyawa. Setiap detik yang berlalu adalah pertaruhan nyawa mangsa yang sedang diselamatkan oleh para ahli pertolongan cemas.

Simulasi pertolongan cemas yang dipersembahkan.

Simulasi pertolongan cemas yang dipersembahkan.

“Menurut kajian Pusat Perkhidmatan Praperubatan Kecemasan, WHO pada 2017, faktor masa dan akses ke lokasi adalah kedua terbesar dalam mempengaruhi kejayaan menyelamatkan nyawa,” katanya dalam Majlis Pelancaran VoW di bangunan Ibu Pejabat BSMM Negeri Sabah, baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Program VoW Sabah Albert Joseph, berkata sebanyak 30 buah basikal diberikan kepada Sabah setakat ini dan telah diagihkan kepada beberapa buah daerah.

“Buat masa ini, seramai 30 sukarelawan dikenal pasti oleh ibu pejabat dan dari daerah-daerah terpilih untuk menyertai VoW mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

“Mereka yang terpilih adalah ahli BSMM yang mempunyai kepakaran dalam pertolongan cemas untuk meningkatkan kadar pesakit yang dapat diselamatkan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda