Skip to main content
HomePutrajaya

Ibu Kota Dilanda Banjir Kilat, 15 Mangsa Diselamatkan Bomba

By 11 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam mengakibatkan lima kawasan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat.

Kawasan yang terlibat banjir kilat adalah Lebuh Ampang di pusat bandar, Jalan Raja Alang (Kampung Baru), Lorong Air Leleh (Setapak) dan, Jalan Gurney serta Jalan San Ah Wing (Semarak), di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian banjir kilat pada pukul 4.25 petang semalam.

“Setakat ini tiada kemalangan melibatkan banjir kilat ini, hanya laporan kenderaan yang terperangkap akibat banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini berkata air naik setinggi satu hingga tiga meter di kawasan terjejas banjir kilat.

Setakat ini, seramai 15 mangsa yang terperangkap akibat banjir di Jalan Gurney dan Kampung Periuk di Jalan Raja Alang telah diselamatkan bomba.

“Bagi Kampung Periuk di Jalan Raja Alang, seramai lima mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kelab Sultan Sulaiman,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda