Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pertandingan Pakaian Beragam Serlahkan Semangat Patriotik Dalam Jiwa Kanak-Kanak

By 14 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Dalam meraikan sambutan Hari Malaysia, pusat membeli-belah di sini kelihatan meriah dan berwarna-warni sempena Program@Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dengan pengisian acara Pakaian Beragam Kanak-kanak yang bertemakan “Malaysia”.

Kanak-kanak yang berusia sekitar 7 tahun hingga ke 12 tahun tampil bergaya dengan busana masing-masing yang direka dengan idea-idea yang kreatif dan kebanyakannya menggunakan warna Jalur Gemilang.

Pegawai Penerangan Daerah SPT, Lizza Imelia M. Sulanah, ketika menyempurnakan majlis perasmian berkata, usaha keras ibubapa dalam mempersiapkan anak masing-masing dan memenuhi tema “Malaysia” perlu dipuji.

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Lizza Imelia M.Sulanah menyampaikan ucapan perasmian Program@Merdeka.

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Lizza Imelia M.Sulanah menyampaikan ucapan perasmian Program@Merdeka.

“Ini kerana ibu bapa secara tidak langsung telah menanam semangat patriotisme di kalangan anak-anak mereka sejak dari kecil dan bertepatan dengan papatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

“Ibu bapa turut memainkan peranan yang penting dalam melahir dan menyuburkan semangat cintakan negara di kalangan anak-anak. Jika anak-anak diasuh dari kecil, nescaya generasi yang lahir pada masa akan datang bakal mempunyai jati diri yang tinggi,” ujarnya.

Barisan peserta pertandingan pakaian beragam kanak-kanak bertemakan "Malaysia".

Barisan peserta pertandingan pakaian beragam kanak-kanak bertemakan “Malaysia”.

Program Merdeka@Komuniti yang berlangsung kira-kira tiga jam itu turut diserikan lagi dengan Pertandingan Gubahan Menggunakan Bahan Kitar Semula bertemakan Malaysia, Kuiz Kenegaraan serta Kempen Derma Darah oleh Hospital Pulau Pinang.

-ii-

Tinggalkan komen anda