Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Rakyat Terengganu Teruja Sambut Hari Kebangsaan 2020

By 2 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 2 Sep (MalaysiaAktif) – Rakyat Terengganu dilihat begitu teruja dengan perarakan aset-aset milik pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Jambatan Angkat (Drawbridge) muara Sungai Terengganu, di sini bersempena Sambutan Hari Kebangsaan.

Persembahan perarakan yang julung kali diadakan itu melibatkan aset milik APMM yang terdiri daripada Helikopter Agusta AW 139, Kapal KM Pekan, KM Tok Bali, KM Gemia dan KM Bagahak, Bot Kilat 2, Bot Penggalang 16,17 dan 45 juga Bot Pengawal 16.

Lintas langsung Perarakan masuk aset-aset APMM, tabik hormat kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang diiringi oleh dif-dif jemputan.

Lintas langsung Perarakan masuk aset-aset APMM, tabik hormat kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang diiringi oleh dif-dif jemputan.

Sebuah kapal milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang digunakan oleh pasukan Kadet Maritim (PASKAM) juga turut serta dalam perarakan tersebut.

Pada program itu, dedaun jambatan (bascule) diangkat setinggi 50 darjah bagi membolehkan kapal-kapal milik APMM melakukan lintasan hormat dan seterusnya mempamerkan kehebatan `menyelamat tebusan’ pada demonstrasi yang diterajui oleh Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Star Team.

Bascule Jambatan angkat diangkat setinggi 50 darjah untuk laluan kapal-kapal dari APMM.

Bascule Jambatan angkat diangkat setinggi 50 darjah untuk laluan kapal-kapal dari APMM.

Persembahan menarik di muara Sungai Terengganu itu dianjurkan berikutan tiada perbarisan Hari Kebangsaan seperti sebelum ini kerana negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disebabkan pandemik COVID-19.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, memaklumkan kepada pihak media, acara penglibatan aset maritim (APMM) yang julung kali diadakan di Terengganu seperti ini, bakal diteruskan lagi di masa akan datang.

Demostrasi menyelamatkan kapal utama yg telah di tawan lanun di lautan oleh APMM.

Demostrasi menyelamatkan kapal utama yg telah di tawan lanun di lautan oleh APMM.

Terdahulu, Ahmad Samsuri dan isteri, Tuan Faezah Tuan Abdul Rahman serta dif-dif kehormat di bawa melawat pameran APMM.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar beserta isteri dan dif-dif kehormat dibawa menyaksikan pameran APMM sebelum lintas langsung perarakan dimulakan..

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar beserta isteri dan dif-dif kehormat dibawa menyaksikan pameran APMM sebelum lintas langsung perarakan dimulakan..

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Tenaga dan Inovasi Malaysia Ahmad Amzad Hashim, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Mohd Zubil Mat Som dan Ketua Polis Negeri Terengganu DCP Roslee Chik.

-ii-

Tinggalkan komen anda