Skip to main content
HomePutrajaya

118 Kompaun Ingkar SOP PKPB Dikeluarkan Di Selangor

By 15 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 15 Okt (Malaysiaaktif)Ā – Polis Selangor mengeluarkan 118 kompaun semalam terhadap mereka yang tidak mematuhiĀ prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis melakukan 53 sekatan jalan raya berhampiran plaza tol di seluruh negeri bagi mengehadkan pergerakan kenderaan antaraĀ daerah.

ā€œSekatan jalan raya ini bertujuan mengelakkanĀ mereka yang tanpa alasan munasabah dan halĀ tidak penting daripada merentas daerah bagi membendung penularan COVID-19, mereka yang tidak mempunyai surat kebenaran daripada majikan, pihak berkuasa akan meminta mereka berpatah balik,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff denganĀ ACP Mohamad Farouk Eshak di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Noor Azam berkata polis menahan 12 suspek yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang pengatur cara komputer cedera ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong pada 21 Sept lepas.

ā€œSuspek ini adalah sebahagian daripada sindiket judi dalam talian dan kami percaya mereka adalah pakar teknologi maklumat (IT) yang terlibat dalam kegiatan haram seperti penipuan dalam talian dan sebagainya,ā€ katanya.

Beliau berkata kesemua suspek berumur antara 30 hingga 40 tahun dan enam daripadanya didakwa hari ini manakala lima lagi akan menjadi saksi dan seorang diserahkanĀ ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kerana dikehendaki polis.

Katanya, suspek utama iaituĀ Loo Lai Ming atau Datuk Michael, 40, danĀ Chong Aik Boon atauĀ Manco @ Roy, 48, masih diburu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil ke balai polis terdekat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda