Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sinergi LabuanFM – Projek Fertigasi Dedahkan Pelajar dalam Bidang Pertanian

By 4 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/RTM Labuan

LABUAN, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Program Sinergi LabuanFM: Projek Fertigasi anjuran Jabatan Penyiaran Labuan bersama-sama Jabatan Pertanian Labuan dan Kompleks Darul Kifayah (KDK), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan berjaya memberi pendedahan kepada pelajar di pusat itu dalam bidang pertanian.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Fauziah Mohd Sidek, program itu memberi pendedahan kepada penghuni kompleks tersebut untuk memperlajari tentang proses penanaman secara fertigasi yang dibantu oleh pegawai daripada Jabatan Pertanian.

Para pelajar lelaki KDK turut membantu menyediakan ruang tanaman fertigasi.

Para pelajar lelaki KDK turut membantu menyediakan ruang tanaman fertigasi.

“Mereka dapat mempelajari perkara baharu dalam bidang pertanian yang mampu menghasilkan pendapatan ketika mengusahakan tanaman ini.

“Program ini mendapat reaksi yang positif daripada penghuni kompleks itu yang rata-rata merupakan pelajar sekolah untuk menarik minat mereka menceburi bidang lain selain bidang akademik,” katanya.

Fauziah (kanan) bersama-sama para kakitangan Labuan FM membantu proses penanaman benih.

Fauziah (kanan) bersama-sama para kakitangan Labuan FM membantu proses penanaman benih.

Program sinergi itu juga jelasnya merupakan program di lokasi yang membawa penyampai-penyampai menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) terhadap masyarakat.

“Ia memberi peluang kepada penyampai-penyampai radio mendekati para pendengar, sekali gus mempromosikan program-program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta mendapatkan maklum balas pendengar mengenai siaran LabuanFM,” katanya yang ditemui pada program itu semalam.

Selain berjaya menanam 200 benih pokok cili, terung dan tomato melalui penanaman secara fertigasi, turut diadakan simbolik penyampaian bantuan insentif Program Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Labuan kategori Institusi kepada wakil KDK MAIWP Labuan.

-SH

Tinggalkan komen anda