Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Jelajah KWSP Dekatkan Masyarakat Kepada i-Suri

By 5 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 5 Okt (MalaysiaAktif) – Program Jelajah i-Suri oleh pasukan bergerak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Terengganu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong berjaya menambah jumlah pencarum baharu dalam program bantuan kebajikan untuk suri rumah tersebut.

Penyelaras DUN Telemong, Safari Abu berkata siri Jelajah KWSP ini perlu diteruskan secara berkala bagi menarik lebih ramai suri rumah menyertai program yang memberi banyak manfaat kepada golongan sasaran ini.

“Jelajah KWSP ini amat membantu suri rumah dan ketua keluarga wanita di luar bandar untuk mendaftar dan mencarum dalam i-Suri.

Golongan suri rumah yang hadir dalam program Jelajah KWSP di Hulu Terengganu oleh Mobile Team KWSP Cawangan Terengganu.

Golongan suri rumah yang hadir dalam program Jelajah KWSP di Hulu Terengganu oleh Mobile Team KWSP Cawangan Terengganu.

“Program sebegini perlu diadakan secara berkala di Hulu Terengganu bagi memastikan kaum ibu berpeluang berdaftar dan mencarum dengan KWSP,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Jelajah KWSP yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, baru-baru ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat yang merupakan golongan sasaran.

Menurut Penyelaras Mobile Team Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Terengganu, Ku Zainor Hayati Ku Ahmad, lebih daripada 300 suri rumah serta Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita telah hadir menyertai jelajah tersebut dan telah mendaftar serta menambah caruman.

Penyelaras Mobile Team KWSP Cawangan Terengganu, Ku Zainor Hayati Ku Ahmad.

Penyelaras Mobile Team KWSP Cawangan Terengganu, Ku Zainor Hayati Ku Ahmad.

Rohani Abdul Razak, 45, seorang ibu tunggal berkata, program anjuran KWSP ini memberi pendedahan yang lebih kepada beliau dan ketua isi rumah wanita lain berkaitan manfaat mencarum dalam program sukarela insentif i-Suri ini.

Mobile Team KWSP membuka kaunter pendaftaran dan pembayaran caruman.

Mobile Team KWSP membuka kaunter pendaftaran dan pembayaran caruman.

“Kami golongan suri rumah berasa gembira dengan program yang dilaksanakan ini. Program sebegini memberi manfaat kepada golongan suri rumah dan dapat membantu golongan suri rumah pada masa hadapan,” katanya.

Suri rumah, Rohani Abdul Razak, 45.

Suri rumah, Rohani Abdul Razak, 45.

i-Suri merupakan singkatan kepada Insentif Suri dan merupakan caruman sukarela dengan insentif khas kerajaan untuk suri rumah, balu atau ibu tunggal yang berdaftar dalam sistem pangkalan data kemiskinan nasional (e- Kasih).

-ii-

Tinggalkan komen anda