Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

AADK Perkasa Komuniti Melalui Kayuhan Inspirasi Belia

By 3 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BAYAN BARU, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 30 peserta dari pelbagai kaum dan kerjaya menyertai program Kayuhan Inspirasi Belia Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang berlangsung di Daerah Barat Daya di sini.

Program Kayuhan Inspirasi Belia ini telah dianjurkan bersama AADK dan Belia 4B bertujuan untuk mendekatkan agensi kerajaan dengan belia setempat dan upacara pelepasannya telah disempurnakan oleh Pengerusi JKKKP Kampung Baru Sungai Ara, Sharrizel Nordin.

Upacara Pelepasan Program Kayuhan Inspirasi Belia bersama AADK ini disempurnakan oleh Pengerusi JKKKP Kampung Baru Sungai Ara, Sharrizel Nordin.

Upacara Pelepasan Program Kayuhan Inspirasi Belia bersama AADK ini disempurnakan oleh Pengerusi JKKKP Kampung Baru Sungai Ara, Sharrizel Nordin.

Kayuhan dengan jarak 18 kilometer ini bermula dan berakhir di Bayan Baru dan semua peserta belia dari pelbagai lapisan kaum dan kerjaya berjaya menamatkan kayuhan berkenaan.

Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Barat Daya Nur Ariff Fadzlin Sani, berkata penganjuran Program Kayuhan Inspirasi Belia ini dianggap dapat memperkasakan komuniti dalam pencegahan penyalahgunaan najis dadah.

“Pelbagai acara lain seperti ‘Program Community Empowerment’ juga telah mula dilaksanakan kepada golongan belia sejak tahun 2018 untuk melatih mereka sebagai pemimpin komuniti dalam merancang dan melaksanakan pengurusan acara sesuatu program.

Peserta belia pelbagai kaum dan kerjaya bermula mengayuh sejauh jarak 18 kilometer di sekitar Bayan Baru.

Peserta belia pelbagai kaum dan kerjaya bermula mengayuh sejauh jarak 18 kilometer di sekitar Bayan Baru.

“Ianya bermula melalui pengaktifan komuniti, pembangunan kecekapan, pembangunan kemahiran pengurusan dan akhir sekali pembinaan persekitaran suportif yang dilaksanakan kepada pemimpin masyarakat setempat sepanjang tahun 2018 dan katanya.

Menurut beliau lagi, terdapat pemimpin komuniti kini telah mencapai tahap persekitaran suportif iaitu merancang dan melaksanakan sendiri di lokaliti masing-masing sejak tahun 2019 dan pihak AADK membantu dalam melakukan promosi dan publisiti dengan kerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Peserta Program Kayuhan ini, Daniel Haris, mewakili Utara Runnaz berkata program ini menambahkan jaringan dalam kalangan peminat sukan berbasikal sekalipun dalam situasi pergerakan terbatas dalam menghadapi penularan wabak COVID-19.

Peserta, Daniel Haris mewakili Utara Runnaz bersama-sama dengan peserta lain berjaya menamatkan kayuhan dalam Program Kayuhan Inspirasi Belia.

Peserta, Daniel Haris mewakili Utara Runnaz bersama-sama dengan peserta lain berjaya menamatkan kayuhan dalam Program Kayuhan Inspirasi Belia.

Katanya lagi, program ini turut mengingatkan peserta terhadap pemakaian pelitup muka menjaga kebersihan serta penjarakan fizikal mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda