Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Beramal Jariah Melalui Derma Darah

By 19 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Kekurangan stok bekalan darah di hospital membuatkan pihak hospital menggiatkan kempen derma darah dan orang ramai yang layak disarankan supaya menderma darah setiap tiga bulan bagi memastikan bekalan darah berterusan dan mencukupi.

Menurut Penyelaras Program yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Awam Tabung Darah Hospital Nur Zahirah Suhaimi Yusoff, program derma darah merupakan program bulanan Hospital Daerah Setiu bagi memudahkan warga Daerah Setiu untuk menderma darah.

“Memandangkan Hospital Daerah Setiu tidak mempunyai unit pendermaan darah maka hospital tersebut berkolaborasi bersama Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk turun padang bagi merealisasikan program derma darah ini.

Penyelaras Program Derma Darah, Suhaimi Yusoff pada program Kempen Derma Darah di Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, petang semalam.

Suhaimi Yusoff yang ditemui sempena program Kempen Derma Darah di Masjid Bandar Permaisuri.

“Kita menyasarkan pungutan antara 30 hingga 50 beg darah untuk program ini, dan amat berterima kasih kepada Pengurusan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu yang menyediakan dewan untuk kami jalankan program ini,” ujar Suhaimi.

Suhaimi juga amat berbesar hati sekiranya ada badan bukan kerajaan (NGO) mahupun pihak-pihak lain di daerah ini yang berminat untuk menganjurkan program sebegini dah berharap mereka dapat berhubung dengan pihak Hospital Daerah Setiu mahupun Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Sementara itu, seorang penderma Wan Zul Mujahiddin Wan Abdul Majid, 49, berkata setiap manusia khusususnya umat Islam digalakkan supaya tolong menolong antara manusia melalui pelbagai cara antaranya dengan menderma darah.

“Amalan menderma darah merupakan satu bentuk amal jariah yang amat dituntut di dalam Islam untuk membantu mereka yang memerlukan.

Wan Zul Mujahiddin Wan Abdul Majid, 49 berkata umat Islam digalakkan menderma darah bagi membantu orang yang memerlukan.

Wan Zul Mujahiddin Wan Abdul Majid, 49 berkata umat Islam digalakkan menderma darah bagi membantu orang yang memerlukan.

“Melalui derma darah juga fadilatnya cukup besar selain menyelamatkan nyawa ia juga mendidik kita menjadi insan yang ikhlas untuk terus beramal jariah ke jalan ilahi,” katanya yang merupakan salah seorang penderma darah tetap di Daerah Setiu.

Menurut Farah Diebba Sazali, 40, beliau memuji kolaborasi yang diadakan oleh pihak penganjur yang memudahkan lagi penderma darah untuk datang menderma darah ke lokasi berhampiran mereka seperti masjid tanpa perlu ke hospital.

Farah Diebba Sazali, 40 menunjukkan buku rekod pendermaan darah miliknya.

Farah Diebba Sazali, 40 menunjukkan buku rekod pendermaan darah miliknya.

Beliau juga turut memuji amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap dititik beratkan seperti penjarakan fizikal serta pemakaian topeng muka turut dititik beratkan walaupun dalam situasi pendermaan darah.

-ii-

Tinggalkan komen anda