Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

BSKU Jalankan Siasatan Kemalangan Helikopter di Subang

By 24 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan menjalankan siasatan berhubung kemalangan sebuah helikopterĀ di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah diĀ Subang hari ini mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan berlakunya kemalangan membabitkan Airbus Helicopter AS350 B3 di lapangan terbang itu pada 9.25 pagi.

Menurut MOT, helikopterĀ dengan satu juruterbang dan empatĀ penumpangĀ itu, dikendalikan oleh Leopad Aviation Sdn Bhd dan telah berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pada 8.30 pagi untuk penerbangan persendirian ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves.

Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan manakala tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil, menurutĀ MOT.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda