Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Sesi persekolahan bagi tahun 2021 bermula hari ini bagi murid pra-sekolah, Tahun Satu dan Dua di seluruh negara.
Ketika tinjauan dibuat di Tabika Perpaduan Pekan Rembau menyaksikan keriangan murid-murid tadika menyambung sesi persekolahan mereka secara bersemuka.
Sesi persekolahan norma baharu dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dilaksanakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Menurut Guru Tabika Perpaduan, Rosnah Kasim, sesi persekolahan secara bersemuka dibuka kepada murid-murid berumur enam tahun setelah mereka mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Kelazimannya, sesi persekolahan di sini bercampur dengan peringkat umur lima tahun dan enam tahun bagi satu sesi tetapi disebabkan berlakunya pandemik COVID-19, kami memecahkan kepada hari-hari yang tertentu mengikut peringkat umur dan perkara ini adalah yang terbaik untuk dilaksanakan bagi mematuhi SOP penjarakan sosial.” katanya ketika ditemui disini hari ini.
“Dalam sesi PdP bagi murid pra-sekolah sememangnya ada aktiviti bebas dimana aktiviti tersebut memberi peluang kepada murid-murid untuk bermain sesama mereka tetapi aktiviti tersebut ditukar dengan pengisian tayangan video berkaitan pematuhan SOP bagi memupuk mereka supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).” ujarnya lagi.
-FF