Laporan/foto: S.Shalene (Daerah Timur Laut)
DATO KERAMAT, 30 Mac (Malaysiaaktif) â Seorang ibu tunggal tiga orang anak berjaya berjaya dipilih menjadi finalis dalam pertandingan dalam Pertandingan Klip Video #MemilihUntukMencabar anjuran Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam serta Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), baru-baru ini.
Santhi Subramaniam, 58, menyahut cabaran ini sebagai satu perjuangan hidup yang dilalui walaupun beliau seorang pesakit kanser dan menampung kehidupan keluarganya dengan menjual hasil kraf tangan yang dikait sendiri.
âSaya seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak lelaki dan berasa gembira kerana dipilih menjadi peserta akhir dalam pertandingan ini.
âProgram ini memberi gambaran penghargaan terhadap pengorbanan dan cabaran seorang wanita terhadap keluarga dan juga dunia luar,â katanya.
Menurut Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Chong Eng, majlis ini diadakan sebagai platform untuk meraikan wanita-wanita Pulau Pinang yang menyahut cabaran dalam usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang cakna dengan isu gender.
âKempen tahun ini berfokuskan aktiviti-aktiviti untuk mempertingkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan meraikan wanita-wanita yang telah bertungkus lumus mengatasi cabaran yang dihadapi oleh mereka.
âPertandingan dalam talian klip video ini bertindak untuk memberi ruang kepada para wanita daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi kisah-kisah hidup mereka,â katanya yang ditemui dalam majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut di salah sebuah hotel, di sini.
Hadir sama, isteri Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang Tan Lean Kee, Pengarah Urusan dan Perunding Utama TES Consultancy Norliza Othman dan Pakar Biologi Marin USM Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai.
-ii-