Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)
PERMATANG PAUH, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Seberang Jaya (KKSBJ) memartabatkan pendidikan berasaskan TVET kepada komuniti setempat dengan mengadakan Program Keusahawanan dan Pembudayaan Komuniti Inovatif (KPKI) menerusi Teknologi Laser kepada pelajar-pelajar di samping membantu menjana pendapatan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman, berkata usaha itu meningkatkan ilmu dalam bidang kemahiran pelajar-pelajar terutamanya golongan belia untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.
āMenerusi program ini pihak kolej akan melatih komuniti setempat dalam menghasilkan produk cenderamata ukiran laser untuk dijadikan sebagai bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan komuniti setempat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Sebagai permulaan, seramai 12 orang belia komuniti Nibong Tebal dan KKSBJ telah mengikuti Kursus Penghasilan Cenderamata Ukiran Laser yang dianjurkan dan berpeluang menggunakan kemudahan mesin pemotong laser,ā katanya ketika merasmikan programĀ tersebut di Kolej Komunti Seberang Jaya, di siniĀ kelmarin.
Beliau turut menyumbang peruntukkan sebanyak RM17,000 kepada KKSBJ untuk diguna pakai bagi menambah baik kemudahan perkhidmatanĀ pemotong laser di Maker Market@KKSBJ.
“Maker Market merupakan ruang kerja kolaboratif di Kolej Komuniti yang membolehkan pengguna belajar melalui reka cipta dan berkolaborasi dengan komuniti serta industri.
“Usaha-usaha yang dilakukan oleh KKSBJ dalam membantu komuniti setempat dengan melaksanakan program dan kursus pendek serta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang sentiasa mendapat sambutan yang positif daripada masyarakat wajar dipuji,” katanya.
Terdahulu, beliau telah menyampaikan taklimat Program Malaysia Prihatin dan Program Imunisasi COVID-19 telah dilaksanakan oleh wakil Klinik Kesihatan Seberang Jaya.
Turut hadir pada majlis ini, Pengarah KKSBJ Radzuan Othman, wakil Pegawai Daerah SPT Ahmad Faizal Mohd. Tahir, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Dr Haniff Hassan serta Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Pulau Pinang.
-ii-