Skip to main content
Berita TimurTerengganu

2,281 Penduduk Luar Bandar Berjaya Daftar Vaksinasi

By 15 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Program pendaftaran vaksin COVID-19 secara bergerak mendapat sambutan luar jangka apabila berjaya mendaftar seramai 2,281 penerima vaksin.

Mohd Khairudin Ahmad selaku penyelia program ini berkata, kelulusan untuk melaksanakan program ini telah diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kemaman di mana pihaknya mensasarkan penduduk luar bandar yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Sasaran awal kami adalah sekitar 800 orang sahaja namun sambutan luar jangka diterima apabila seramai 2281 orang daripada dua buah kampung iaitu Kampung Perasing dan Kampung Air Jernih secara sukarela mendaftar pada hari ini,” katanya.

Mohd Khairudin Ahma berkata seramai 20 orang sukarelawan dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman digerakkan bagi membantu proses pendaftaran.

Mohd Khairudin Ahma berkata seramai 20 orang sukarelawan dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman digerakkan bagi membantu proses pendaftaran.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman kerana bersama-sama terlibat dalam membuat hebahan vaksin kepada penduduk kampung di sini,” ujarnya.

Hari Krishnan Davady, 70, salah seorang yang mendaftar vaksin berkata program ini memberi kemudahan kepadanya untuk mendaftar kerana beliau tidak mempunyai pengetahuan yang cukup lebih-lebih lagi dalam menggunapakai aplikasi MySejahtera yang sedang digunakan sekarang.

“Kebanyakkan warga emas tidak mahir menggunakan aplikasi di telefon pintar berbanding golongan muda,” katanya.

Hari Krishnan A/L Davady berkata kaedah pendaftaran vaksin yang dilaksanakan mampu menggalakkan warga emas untuk mendaftar kerana kebanyakannya tidak mahir menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Hari Krishnan Davady berkata kaedah pendaftaran vaksin yang dilaksanakan mampu menggalakkan warga emas untuk mendaftar kerana kebanyakannya tidak mahir menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang ditemui Rohani Abdul Rahman, 50, berkata kaedah pelaksanaan dari rumah ke rumah pada hari ini amat membantu mereka yang tidak memilliki kemudahan telefon pintar atau tiada pengetahuan asas mengenai aplikasi telefon pintar.

“Program ini perlu diperluaskan ke semua kampung dalam daerah Kemaman sekaligus meningkatkan jumlah pendaftaran,” katanya.

Rata-rata penduduk di sini berharap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) setempat diwujudkan di kawasan mereka kerana perkampungan di sini sangat jauh dengan PPV yang sedia ada.

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda