Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pengambilan Khas Besar-besaran Pendidik Atasi Kekurangan Guru

By 20 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Kementerian Pendidikan

PUTRAJAYA, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengambilan khas secara ‘one-off’ seramai 18,702 pendidik, bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di sesetengah negeri, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 itu, akan dibuka mulai 7 Julai untuk membolehkan pendidik ditempatkan secara berperingkat di sekolah masing-masing bermula Oktober depan.

“Pengambilan guru secara ‘one-off’ dan besar-besaran ini bertujuan menyelesaikan isu kekurangan guru di sesetengah negeri, selain menjamin pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar ketika pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media secara maya, mengenai pengambilan khas itu hari ini.

Menurutnya, negeri yang terutamanya berdepan dengan kekurangan guru adalah Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda