Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Peluang Riadah Bersama Keluarga Dan Sahabat Handai

By 20 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Rata-rata masyarakat di Daerah Kemaman memanfaatkan cuti Maulidur Rasul untuk berkunjung ke tempat rekreasi seperti pantai dan taman-taman permainan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Kelonggaran untuk beriadah oleh pihak kerajaan ditambah kebenaran untuk merentas daerah dan negeri kepada penerima dua dos lengkap vaksinasi secara tidak langsung memeriahkan lagi suasana di sekitar pantai dan bandar daerah ini.

Menurut Husaini Mamat, 54, dia mengambil peluang pada hari cuti umum ini untuk beriadah bersama keluarga setelah hampir setahun tidak dapat berbuat demikian.

Husaini Mamat, 54 ambil peluang beriadah bersama keluarga di pantai.

Husaini Mamat, 54 ambil peluang beriadah bersama keluarga di pantai.

“Sudah lama tidak dapat keluar beriadah bersama keluarga meskipun begitu, kami sekeluarga sentiasa mengamal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),”jelasnya.

Bagi seorang peniaga, Kamaria Zakaria, 60, berkata, dia ke Pantai Telok Mok Nik untuk menghilangkan tekanan kerana berkurung dan menghirup udara segar di tepi pantai kerana sebelum ini terdapat kekangan dan tidak dapat berkumpul dan bertemu dengan sanak saudara berikutan kes COVID -19 meningkat.

Kamariah Zakaria, 60 ke pantai untuk menghirup udara segar setelah lama berkurung di rumah.

Kamariah Zakaria, 60 ke pantai untuk menghirup udara segar setelah lama berkurung di rumah.

Sementara itu, Mohd Hanif Rostam,12, seorang pelajar sekolah menengah pula berkata, dia berasa gembira dan tak sabar berjumpa rakan-rakan untuk berkongsi pengalaman selepas menerima dos pertama pada 10 Oktober yang lalu.

“Saya sudah rancang untuk berjumpa rakan-rakan sejak minggu lepas lagi dan buat keputusan untuk berkumpul di sini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Hanif Rostam berkata dia gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan dan berkongsi pengalaman menerima vaksin dos pertama.

Mohd Hanif Rostam berkata dia gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan dan berkongsi pengalaman menerima vaksin dos pertama.

Hasil pemantauan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman menerusi program Info On Wheels mendapati lokasi-lokasi yang strategik menjadi tumpuan orang ramai berkunjung susulan kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri.

Tinggalkan komen anda