Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Terima Geran Selepas 40 Tahun Menunggu

By 6 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Naim/Siti Zuraida (Jempol) 

JEMPOL, 6 Okt (Malaysiaaktif) –Seramai 159 peneroka menerima geran dalam majlis Penyerahan Hakmilik geran tanah FELCRA Rompin A semalam.

Menteri Besar Aminuddin Harun, berkata penyerahan tersebut memanfaatkan peserta yang tingal di rancangan tanah pingiran FELCRA Rompin, Mukim Rompin sejak 40 tahun yang lalu.

“Setiap peserta penerima hak milik ini telah mengusahakan tanah seluas enam ekar dan secara keseluruhan FELCRA Rompin yang berkeluasan 1,199 ekar, dimajukan dengan tanaman getah serta kelapa sawit.

“Selain itu, kebanyakkan para peserta yang mendiami kawasan ini bermula pada tahun 1980 dan terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India,” katanya ketika majlis penyeeahan tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, di sini kelmarin.

Sementara itu, Kerajaan Negeri sangat menghargai kesabaran setiap peneroka-peneroka yang mengusahakan tanah mereka dan mendapat hak milik setelah selama 40 tahun menunggu dan mengharapkan setiap pemilik dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemilik tanah untuk membayar cukai tahunan.

Menurut Subramaniam Vijayapuri, 75, beliau meluahkan rasa gembira walaupun terpaksa menunggu lama.

“Walaupun saya terpaksa menunggu lama tetapi saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana penantian untuk mendapatkan hakmilik tanah telah menjadi kenyataan  dan akan mengusahakan tanah yang telah diberi dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Alis dan Subramaniam gembira menerima geran hakmilik.

Alis dan Subramaniam gembira menerima geran hakmilik.

Manakala Alis A Rahman, 68, yang merupakan ketua peserta tanah rancangan FELCRA berkata bersyukur usaha selama ini membuahkan hasil.

“Saya sangat lega atas penerimaan geran hakmilik tanah ini setelah tanah yang dihuni sejak sekian lama dan telah memberikan hasil kepada setiap peneroka akhirnya menjadi Hak milik.

“Kebanyakan peserta telah mendiami kawasan tersebut sejak dari tahun 1982 dan pada tahun 1994 kebun yang diusahakan telah mengeluarkan hasil sehingga kini, manakala pada tahun 1997 segala pembayaran hutang piutang telah selesai.

“Setiap peserta haruslah dapat menunaikan tanggunjawab yang sepatutnya apabila sudah mendapat hakmilik tanah dengan membayar cukai tahunan dan mengusahakan dengan lebih baik,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda