Skip to main content
Berita TengahMAPerak

Rakyat Bersama Kerajaan Merencana Pembangunan Bandaraya Ipoh Bertaraf Dunia

By 16 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sarah Nur Saad ( Kinta )

IPOH, 16 Nov (Malaysiaaktif ) – Deraf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Penggantian) ini bertujuan memberi peluang kepada orang awam untuk merancang dan memberikan pandangan serta maklum balas kepada deraf perancangan tempatan untuk Majlis Bandaraya Ipoh khususnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohammed Radzi ketika mewakili Menteri Besar Perak bagi merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Penggantian) dan Pelancaran Pelan Tindakan dan Penterjemahan Wilayah Pelancongan Greater Ipoh, berkata, inisiatif ini akan berlangsung sehingga 13 Disember 2021.

Hadirin yang hadir ke Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Penggantian) serta Pelancaran Pelan Tindakan dan Penjenamaan Wilayah Pelancongan Greater Ipoh, semalam.

Hadirin yang hadir ke Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Penggantian), semalam.

“Tahniah atas pelancaran Pelan Tindakan dan Penterjemahan Wilayah Pelancongan Greater Ipoh yang akan meliputi lebih 3,500 km per segi untuk dibangunkan dan dijenamakan semula sebagai salah satu destinasi pelancongan utama negara Asia.

“Bandaraya Ipoh akan dibangunkan sebagai Kluster Pelancongan yang berdaya saing, inklusif dan mampan agar menjadi sebuah bandaraya pelancongan bertaraf Dunia,” ujarnya lagi ketika merasmikan program tersebut semalam.

Tambahnya, visi Deraf Rancangan Tempatan Wilayah Ipoh 2035 adalah ‘Ipoh Bandar Sejahtera, Dinamik dan Mampan’.

Turut hadir, Datuk Bandar Ipoh, Yang Berbahagia Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Plan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk TPr. Mohd Faidzal bin Hamzah dan Pengarah Plan Malaysia Perak, Yang Berusaha TPr. Hajah Asni binti Mustafa.

~RJ~

Tinggalkan komen anda