Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Aplikasi Mobile e-Aduan Mudahkan Pengguna Di Bangunan Gunasama

By 23 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mastika Hablum(Melaka)

AYER KEROH, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Revolusi Perindustrian IR 4.0 masa kini ternyata membawa kepada perubahan cara hidup, cara bekerja dan berkomunikasi. Ianya bukan sahaja melibatkan pendigitalan, ‘internet of things’ malah ‘artificial intelligence’ juga diambil kira.

Melalui pelancaran Aplikasi e-Aduan, Ambang Wira Sdn Bhd mengambil pendekatan berhemat dalam melaksanakan revolusi perundustrian 4.0 ini dengan kaedah semudah dihujung jari pengguna sahaja.

Aplikasi e-Aduan yang dilancarkan adalah merupakan satu model maklumbalas bagi membolehkan pengguna menyalurkan aduan melalui telefon pintar.

Platfom aplikasi 3-Aduan ini dibangunkan oleh Ambang Wira Sdn Bhd dan bakal digunakan oleh semua penghuni yang terdiri dari anggota perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan di bangunan gunasama.

Pengguna boleh dimuat turun melalui ‘Apps Store’ dan ‘Play Store’ setelah ID Pengguna diberikan dan aduan akan dipantai dengan lebih berkesan secara digital dan Ambang Wira Sdn Bhd akan memberikan maklumbalas secara lebih efisyen, telus serta status aduan direkodkan bagi melihat sejarah aduan yang telah dibuat.

Melalui ucapan perasmian Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Khairul Azhar (NIK) Abu Bakar berkata semua pengguna aplikasi ini boleh membuat aduan kerosakan banguan untuk diambil tindakan oleh Ambang Wira Sdn Bhd selaras dengan perkembangan dan kehendak semasa perkhidmatan pelanggan dan industri (IR4.0).

Ucapan Perasmian oleh En Khairul Azhar.

Ucapan Perasmian oleh En Khairul Azhar.

Ketua Pegawai Eksetif Ambang Wira Sdn Bhd, Nik Adnan Nik Mohd Salleh memaklumkan bahawa terdapat 8 Bangunan Gunasama Persekutuan di Zon Selatan dan sejumlah sembilan ribu anggota kakitangan kerajaan bakal menggunakan aplikasi ini.

Beliau juga berharap agar aplikasi ini dapat memberikan satu pengalaman baru didalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penghuni di bangunan gunasama.

-FF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda