Skip to main content
Berita TempatanMAPerak

43 Penerima Terima Manfaat Kad Program Kasih Ibu Darul Ridzuan Fasa 2

By 9 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarinah Ahmad (Manjung)

MANJUNG, 9 DIS (Malaysiaaktif)– Seramai 43 orang penerima Kad Program Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) bagi Fasa 2, Daerah Manjung telah menerima kad mereka dalam satu majlis penyerahan yang berlangung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Tanah Manjung di sini baru-baru ini.

KIDR merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak bagi meringankan beban kos sara hidup.

Melalui pemberian kad tanpa tunai secara bulanan bernilai RM250.00 yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai ataupun pasaraya terpilih.

Selain itu juga Kad KIDR boleh diguna pakai bagi rawatan kesihatan di klinik panel terpilih yang berdaftar di bawah KIDR.

Sebahagian penerima KIDR baru-baru ini di daerah Manjung.

Sebahagian penerima KIDR baru-baru ini di daerah Manjung.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris.

Menurut beliau, skim bantuan ini bersifat jangka pendek yang mana penerima akan mula menerima manfaat selama setahun bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Tujuan utama adalah membantu meringankan beban golongan sasar iaitu golongan miskin tegar yang tersenarai dalam Sistem e-kasih Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM) dan iDamak dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengikut had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tahun 2019.

“Terus hargai usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan rentan dan berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

“Kad tersebut juga perlu dijaga dengan rapi bagi mengelakkan risiko kehilangan dan diharap mendapat manfaat sepenuhnya bagi meringankan bebanan perbelanjaan keluarga masing-masing,” ujar beliau dalam ucapan perasmian.

~RJ~

Tinggalkan komen anda