Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

53 Penerima Kad PruBSN Mikrotakaful di Lumut dan Setiawan

By 20 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Sarinah Ahmad (Manjung)

MANJUNG, 20 DIS (Malaysiaaktif) – Majlis Penyerahan Kad PruBSN Mikrotakaful kepada 53 penerima bagi mukim Lumut dan Setiawan telah dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) baru-baru ini.

Penerima manfaat yang layak terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah garisan kemiskinan iaitu miskin dan miskin tegar yang mana maklumat telah disahkan di dalam pengkalan data e-kasih.

Penerima Kad PruBSN, Mohd Osman Abu Khayan dari Kampung Padang Tembak, Lumut.

Penerima Kad PruBSN- Mohd Osman Abu Khayan dari Kampung Padang Tembak, Lumut.

Program khidmat masyarakat oleh PruBSN ini menyediakan bantuan kewangan segera berjumlah RM10,000 sekiranya berlaku kematian yang melibatkan KIR.

Seramai 600 penerima yang layak di seluruh Negeri Perak telah menerima Kad PruBSN mereka bermula 7 Disember yang lalu.

Manfaat ini disokong seratus peratus dari dana kebajikan dan zakat PruBSN Prihatin dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Tempoh perlindungan manfaat ini diberikan selama setahun tanpa sebarang kos bermula 1 November 2021 sehingga 31 Oktober 2022.

~RJ~

Tinggalkan komen anda