Skip to main content
Berita TimurTerengganu

JPKK Kemaman Bersiap Siaga Hadapi Gelombang Banjir

By 6 Disember 2021Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang hadir dalam Program Simulasi Menghadapi Bencana Norma Baharu JPKK Daerah Kemaman, baru-baru ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh yang dijangka bermula pada 3 November lepas sehingga Mac 2022.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kemaman, Mohammad Sophian Abu bakar, dalam tempoh ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dan boleh mengakibatkan bencana banjir terutama di kawasan-kawasan rendah dan berisiko daerah ini.

Mohammad Sophian Abu bakar berkata tugas utama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah adalah menggerakkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah apabila berlaku sebarang bencana termasuklah bencana banjir.

Mohammad Sophian Abu bakar berkata tugas utama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah adalah menggerakkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah apabila berlaku sebarang bencana termasuklah bencana banjir.

“Tugas utama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah adalah menggerakkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah apabila berlaku sebarang bencana termasuklah bencana banjir,” katanya.

Program tahunan yang berlangsung selama sehari itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat, dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan di daerah ini.

Hanafiah Mat berkata sebagai persediaan, sebanyak 34 buah lagi Stesen Hidrologi kini sedang dalam proses terakhir pembinaan menerusi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di seluruh negeri.

Hanafiah Mat berkata sebagai persediaan, sebanyak 34 buah lagi Stesen Hidrologi kini sedang dalam proses terakhir pembinaan menerusi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di seluruh negeri.

“Dalam tempoh sepuluh tahun terkini, Daerah Kemaman telah empat kali dilanda banjir besar yang melibatkan jumlah mangsa yang sangat besar,” katanya.

Tambah Hanafiah, banjir besar tersebut telah berlaku pada tahun 2012, 2013, 2014 dan terkini pada tahun 2020 serta awal tahun 2021 yang melibatkan lebih 9,000 keluarga yang terlibat bagi keempat-empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini.

“Di peringkat kerajaan negeri mahupun persekutuan kita sentiasa berhubung rapat menerusi agensi portfolio saya bagi mendapatkan bantuan kewangan mahupun khidmat nasihat dan panduan dalam menghadapi musim banjir yang sentiasa melanda saban tahun,” katanya lagi.

Beliau berkata, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), perolehan barangan bencana bernilai RM 1.5 juta telah disediakan yang kini ditempatkan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana, Pulau Kerengga, Marang.

Katanya, kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM500 ribu bagi pengurusan bekalan makanan di seluruh Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Sebagai persediaan, sebanyak 34 buah lagi Stesen Hidrologi kini sedang dalam proses terakhir pembinaan menerusi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) di seluruh negeri.

“Pembinaan stesen-stesen ini akan bertindak selaku pemantau dan juga sebagai salah satu elemen penting siap siaga kita semua dalam menghadapi banjir dan pembudayaan norma baharu harus dititikberatkan di semua PPS,” tambah beliau.

Menurut Hanafiah lagi, cabaran pada tahun ini ialah seluruh dunia masih dilanda wabak COVId-19, justeru, semua Pengerusi dan AJK Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu memainkan peranan dalam mengurus dan mengawal selia keadaan di PPS dengan memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Garis Panduan Pengurusan Bencana semasa Pandemik COVID -19 yang telah dikeluarkan oleh pihak NADMA.

Dalam pada itu, program anjuran Pejabat Daerah Kemaman dengan Kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kemaman turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.

Tinggalkan komen anda