Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Kenderaan Banyak Menyebabkan Aliran Trafik Sesak

By 23 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Berikutan Lebuhraya Pantai Timur  Kuala Lumpur-Karak masih ditutup di kedua-dua hala, beberapa Jalan Alternatif telah diberikan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya untuk ke pantai timur dan antara jalan yang terlibat ialah Jalan Kuala Pilah-Seremban.

Bilangan kenderaan yang banyak ini telah menyebabkan aliran trafik menjadi sesak walaupun bukan waktu hujung minggu. Kenderaan bertali arus dari kedua-dua arah menyebabkan bandar Kuala Pilah menjadi tumpuan ketika ini.

Menurut  Azman Salleh, 38 salah seorang pengguna jalan raya di sini memberitahu kebiasaannya keadaan sedikit lengang dan hanya berlaku kesesakan ketika hujung minggu sahaja.

“Memandangkan Jalan Kuala Pilah – Seremban diuar-uarkan sebagai salah satu jalan alternatif untuk ke Pantai Timur, kesesakan itu kita tak dapat elak kerana jalan satu lorong dan kehadiran kenderaan berat membuatkan penggunna memperlahankan pergerakan kenderaan,” ujarnya.

Sementara itu, Nirwan Ramli,  anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  menyatakan keadaan ini turut meletakkan APM Daerah Kuala Pilah dalam situasi berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan situasi kecemasan selain kemalangan.

“Memandu dalam keadaan begini boleh menyebabkan pemandu mahupun mengalami keletihan kerana berada dalam kereta yang agak lama, tambahan pula jika seseorang itu mempunyai penyakit melibatkan saraf mahupun pernafasan,’’ katanya ketika ditemui.

Bagi penduduk tempatan Noraini Kasim, keadaan ini menyebabbkan banyak aktiviti yang dirancang tidak berjalan dengan lancar.

“Selalunya saya ke Seremban untuk membeli barang perniagaan namun memandangkan aliran traifik begini telah menyukarkan operasi perniagaan saya,” katanya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan  untuk sentiasa berhati-hati, bersabar serta merancang perjalanan masing-masing bagi mengelak sebarang masalah tidak diingini.

-FF

Tinggalkan komen anda