Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Ketepikan Perbezaan Politik, Bantu Mangsa Banjir

By 24 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Masitah Mat Zin (Seremban)

SEREMBAN, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Ahli politik disaran mengetepikan perbezaan politik sebaliknya bersatu padu dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, kata Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad.

Beliau berkata demikian selepas turun padang bagi membersihkan kawasan kampung yang terlibat khususnya di kawasan Kampung Daching Hilir, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad sedang melakukan kerja pembersihan.

Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad sedang melakukan kerja pembersihan.

“Dalam soal bencana alam, kita sepatutnya ketepikan soal parti. Kita perlu membantu atas kapasiti sebagai ‘neutral’ yang mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira idealogi.

“Agensi kerajaan, NGO dan sesiapa sahaja yang boleh membantu dalam soal kemanusiaan terutamanya dalam mengurus bencana yang berlaku di mana-mana dunia sekalipun. janganlah kerana perbezaan fahaman politik rakyat menjadi mangsa dan merana.,” katanya lagi.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Seremban, Fauziah Abdullah mengingatkan bahawa pegawai berkaitan dalam kerajaan perlu turun padang bertemu dengan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir ini.

“Sebenarnya, saya ingin mencadangkan membawa pihak jabatan kerajaan perlu kerap datang melawat setiap rumah dan peniaga yang terjejas dan bertanya berapa kerugian yang dialami agar pihak kerajaan mampu membantu meringankan beban orang kampong dan para peniaga,” katanya.

Antara Anggota JPBD yang terlibat dalam Pasca Banjir Daerah Seremban.

Antara Anggota JPBD yang terlibat dalam Pasca Banjir Daerah Seremban.

Wakil penduduk yang ditemui, Abdul Majid Osman, 60, melahirkan rasa syukur kerana penglibatan semua jabatan kerajaan yang sudi turun padang membersihkan kampung mereka.

“ Syukur Alhamdulillah ramai yang datang bantu membersihkan rumah saya pada hari ini, meringankan beban yang kami tanggung ketika ini, terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Penerangan dan semua pihak yang terlibat atas bantuan ini.’ Ujarnya.

Program Pasca Bencana Banjir Daerah Seremban telah diadakan selama dua hari bermula 22 Disember hingga 23 Disember 2021 yang melibatkan anggota Jawatankuasa Bencana Daerah Seremban (JPBD). Antara jabatan yang terlibat adalah PDRM, ATM, APM, BOMBA, RELA ,JKM dan Pejabat Penerangan Daerah Seremban.

-FF

Tinggalkan komen anda