Foto: Jabatan Penerangan
PUTRAJAYA, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 700 Kotak Kasih disumbangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama pihak swasta bagi membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam semalam.
Sumbangan berkenaan diserahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis.
“Esok (Selasa) kami akan agihkan kepada tiga lagi daerah iaitu Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Taman Sri Muda.
Beliau berkata bagi Kuala Lumpur, KKMM telah memberikan bantuan berbentuk sumbangan makanan kering, makanan bermasak selain menyediakan pusat pemindahan sementara buat mangsa yang terjejas dengan banjir di Rumah Prihatin@Grand Seasons.
— BERNAMA