Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Hazlina Tajuddin (Petaling)
MERU, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Sukarelawan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggerakkan misi bantuan membantu mangsa banjir yang terjejas di Taman Sri Putri
Urusetia sukarelawan UUM Nur Ain Muhammad Azman, berkata misi selama tiga hari sehingga Jumaat ini melibatkan 91 orang sukarelawan dengan sasaran 350 buah rumah.
“Atas dasar keprihatinan seiring dengan konsep Keluarga Malaysia, kami hadir membantu mangsa banjir tidak latar belakang mereka.
“Ini kali pertama saya menyertai aktiviti sukarelawan dan sedih melihat keadaan rumah dan mangsa yang tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di kawasan kediaman tersebut, di sini semalam.
Nur Ain berkata, sasaran mereka adalah untuk membantu kakitangan dan pelajar UUM yang terkesan akibat banjir ini.
“Kami menjalankan aktiviti membersih rumah-rumah mangsa banjir serta menyampaikan sumbangan makanan keperluan harian.
“Seterusnya, misi akan beralih ke kawasan kejiranan, masjid dan rumah warga emas,” jelasnya.
Sukarelawan UiTM Firdaus Razak, pula memaklumkan pihaknya bertindak sebagai koordinator mengenal pasti kawasan terjejas sekitar Klang dan Shah Alam.
“Kami mempunyai senarai nama mangsa yang memerlukan bantuan terutamanya golongan warga emas,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Putri Kamis Pairan, melahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada sukarelawan kerana membantu membersihkan rumah mangsa banjir ini.
-RI