Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorMA

Perpaduan Teras Kemakmuran Bersama

By 8 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim (Batu Pahat) 

BATU PAHAT, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menghasilkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia (KAMI) selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang mana ia merupakan inisiatif dalam usaha mengukuhkan penyatuan dan meraikan kepelbagaian rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat Ahmad Nazri Rebu, pelan ini dihasilkan bagi mencapai kesepaduan sosial dan perpaduan mampan.

“Selain itu, pelan ini juga dapat menyusun dan melaksanakan segala inisiatif, program dan aktiviti dengan lebih terancang serta berkesan serta memberi impak kepada Komuniti Keluarga Malaysia.

Cikgu Pusat Anak Genius Negara Musrifah Mohd Yusof, 37, program seumpama ini mampu mengukuhkan lagi perpaduan negara.

Cikgu Pusat Anak Genius Negara Musrifah Mohd Yusof, 37, program seumpama ini mampu mengukuhkan lagi perpaduan negara.

“Pelan KAMI memfokuskan kepada empat dimensi iaitu karib, aksesibiliti, majmuk dan inklusiviti,” katanya ketika ditemui pada sesi Libat [email protected] Perpaduan Keluarga Malaysia di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, di sini, semalam.

Tambah beliau, dimensi-dimensi ini dapat membina keakraban melalui pemahaman tentang perpaduan, meningkatkan kebolehcapaian saluran maklumat dan perkhidmatan serta meraikan kepelbagaian ciri-ciri dalam masyarakat yang merangkumi adat resam, budaya, amalan dan identiti.

“Usaha membentuk dan menyatukan kepelbagaian etnik, budaya dan agama dalam menjadi Bangsa Malaysia yang beridentitikan nasional bukanlah sesuatu yang mudah.

“Ia tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat sebaliknya perlu melalui proses yang panjang dan berterusan serta menuntut komitmen dan iltizam semua pihak,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor Suraya Wen.

-NI-

Tinggalkan komen anda