Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Gotong-Royong Pasca Banjir, Persediaan Pelajar Kembali Ke Sekolah

By 10 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Zulkifli Othman(Dungun)

DUNGUN, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Gotong-royong pasca banjir telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pasir Raja yang merupakan antara kawasan yang terjejas banjir fasa ketiga bagi memberi laluan persediaan pelajar kembali ke sekolah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengambil peluang ke Sekolah Kebangsaan Pasir Raja untuk melihat keadaan kawasan sekolah yang dilanda banjir fasa ketiga tersebut.

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (dua dari kiri) bersama Menteri Besar Terengganu, Pegawai Daerah Dungun, Pegawai Pendidikan Daerah Dungun dan Guru Besar SK Pasir Raja semasa kunjungan ke sekolah itu.

Kerja-kerja pembersihan melibatkan sebahagian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Operasi Murni (Ops Murni) ATM di negeri ini turut melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Mohamad Hafiszudin Ramli, 20, meluahkan rasa teruja apabila dia dapat menyumbangkan tenaga dalam program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

Mohamad Hafiszudin Ramli teruja dapat menyumbangkan tenaga dalam gotong-royong tersebut.

Mohamad Hafiszudin Ramli teruja dapat menyumbangkan tenaga dalam gotong-royong tersebut.

“Kawasan sekolah yang bersih amat perlu dan saya teruja kerana turut dapat menyumbangkan tenaga dalam kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah,” katanya.

Sementara itu, menurut Muhamad Aswadi Rahim, 26, persekitaran yang baik dan selesa diperlukan oleh pelajar untuk memulakan sesi persekolahan mereka.

Muhamad Aswadi Rahim menjelaskan keadaan yang masih ada kesan banjir menyebabkan pelajar tidak selesa untuk belajar.

Muhamad Aswadi Rahim menjelaskan keadaan yang masih ada kesan banjir menyebabkan pelajar tidak selesa untuk belajar.

“Keadaan sekolah yang masih ada kesan lumpur perlu dibersihkan segera dan jika dibiarkan kering, debu-debu akibat lumpur berterbangan boleh menyebabkan persekitaran tidak bersih dan boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada para pelajar,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kampung dan penduduk setempat turut tidak ketinggalan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menyumbangkan tenaga serta datang membantu membersihkan kawasan tempat tinggal mereka yang terjejas akibat bencana banjir.

Anggota ATM bersama NGO membersihkan kawasan sekolah bagi persediaan persekolahan yang bakal dibuka.

Anggota ATM bersama NGO membersihkan kawasan sekolah bagi persediaan persekolahan yang bakal dibuka.

Semenjak kampung tersebut terlibat dengan banjir, ramai pihak menghulurkan pelbagai bantuan dan sumbangan sebagai tanda simpati dan kebersamaan dalam merasai kesusahan penduduk kampung.

Tinggalkan komen anda